Followers

Monday, 10 October 2011

Spring Kehidupan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Spring. Sepertimana yang kita tahu, sejauh manapun ianya ditarik, dia bakal kembali kepada tempat asalnya, dan akhirnya kembali kepada bentuk asalnya.  Tak kiralah, kita tarik sedikit ka, tarik banyak ka, malah jika ditarik hingga tahap paling maksimum sekalipun, ianya akan berubah ke bentuk asal.

Pagi ni teringin benar Nadh nak berbicara mengenai Spring Kehidupan.

Seperti mana yang kita lihat sifat spring itu, seperti itu jugalah kehidupan kita ni. Hidup kita, bakal kembali sepertimana bermulanya ia. Kita katakan mengenai masa silam kita, ianya adalah kenangan. Mungkin kita katakan kita telah membuang ia, tapi sampai satu masa dan ketika, ia akan kembali.

Tapi kembalinya ia pada masa itu terpulang kepada kita sama ada ianya menjadi kenangan yang mengingatkan kita kepada kebaikan, atau terus menghantui kita.

Sesetengah yang memandang bahawa kenangan itu sebagai kenangan yang mengajar kita mengerti dan mendewasakan diri , alhamdulillah untuk mereka. tapi setengah yang memandang ia sebagai sesuatu yang sangat berat, dan memedihkan sehingga lidah tidak berhenti merintih, jiwa tak berhenti memberontak , sedih untuk mereka kerana ALLAH telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud : 

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. "

Ayat diatas membawa maksud, ALLAh menguji kita dengan kemampuan kita, bermaksud, jika diri mampu mengangkat hanya 10kg berat, maka dengan 10kg itulah ALLAH berikan kita ujian, ALLAH tidak pula memberi kita beban yang lebih untuk diri kita menghadapinya, betapa ALLAH yang bersifat Maha Pengasih ini mengasihi kita iaitu umatnya.

Jadi janganlah kita memandang ujian itu sebagai sesuatu yang menakutkan. Ujian itu kasih ALLAH, rindulah kepada Kasih ALLAH. Akan mudahlah hidup kamu satu hari nanti. Bersangka baik dengan NYA, kerana tidak diberikan kita sesuatu melainkan disebaliknya terselit hikmah dan ganjaran besar yang menanti. 

Wallahualam. Moga mendapat manfaat. 

4 comments:

kiera'sakura said...

betol... Allah tak kan menguji diluar kemampuan umatNya

Iffah Afeefah said...

Mksih jiran

terkesan dlm hti ni

aimie amalina said...

alhamdulillah
suke2!
ujian itu tali pertolongan yg Allah beri kpd kita sebenanye kan...

fRaMe+LenSeS said...

kiera :: ya betul. :D

Iffah :: syukurlah kalau terkesan. :D

Aimie :: tali pertolongan. Nadh suka ayat tu. ;D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA