Followers

Tuesday, 4 October 2011

Tawen : Part 4

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh sedang mendengar ceramah ustaz dalam Tanyalah Ustaz malam ni. Topik malam ni adalah mengenai Mahar.

Apa itu Mahar? Ada yang nak jawapkan?
Mahar itu adalah pemberian wajib yang perlu diberikan oleh seorang lelaki kepada perempuan yang hendak dikahwininya.

Ustaz ada sebut yang ada perbahasan juga dibuat oleh alim ulama untuk menaikkan mas kahwin. Sebabnya mas kahwin di negara kita ni sedikit. RM 80 yang dia sebut tadi. Fikir-fikir, tak logik la. PEMBERIAN yang patut diberikan kepada bakal isteri, yang WAJIB tu sangat sedikit kan? Nak buat pergi kepsi beli 2 ke 3 set bucket pun tak cukup. Betapa murahnya nilai nak dapatkan anak dara tu.

Dan lawaknya dalam masyarakat kita ni, berebut-rebut letak hantaran dahsyat-dahsyat, tinggi-tinggi, tapi sebenarnya itu NILAI KENDURI ja bukan nilai anak dara tu. Sedangkan nilai anak dara itu adalah terletak pada mas kahwin dia tu. Lepas tu plak, HANTARAN dicanang ke sana kemari.

Bila murah sangat, dah dikata budak perempuan tu dah tak elok la apa la. Mahal sangat kena kata juga, kata yang ibu bapa jual anak, sedangkan, nilai ni langsung tak menyumbang pun kepada nilai sebenar anak tu.

Dalam ISLAM pun dia kata, tak perlu sebut mas kahwin dalam menikah pun tak apa. Sebab apa dia kata macam tu? Sebab dia taknak timbulkan riak pada hati ibu dan ayah sekiranya tinggi, dan aib sekiranya meletakkan rendah. Betapa Islam hendak menjaga umatnya. TAPI last sekali, kita juga la yang kasi jahanam dengan Budaya tah pape kita ni kan?

Sabda Rasululllah SAW :
''sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya, dan yang paling rendah kadar maharnya..''

dari hadis Rasulullah ini, dapat kita simpulkan yang elok rupa sebagai yang baik dan elok, namun maharnya masih rendah atau dalam erti kata lain, yang baik tidak diletakkan harga tinggi kerana baiknya, kerana itu bukan ukuran nilai manusia. Begitulah caranya Rasulullah hendak sampaikan kepada kita tentang mahar.

Mahar ni Adalah WAJIB tau?
Tak diserahkan kepada isteri, ibarat kita berhutang kepada isteri. Dan selagi tidak dihalalkan, selagi itulah kita akan 'tersangkut' bila kita mati. Sampailah ianya dihalalkan. Jadi jangan buat main ya. :)

note :: respek dengan pantai timur, tinggi nilai maharnya. Menunjukkan tingginya nilai anak-anak di sana. Bagi Nadh ini yang sebenarnya. :)

5 comments:

eintanliana said...

setuju sangat-sangat...saya pun tengok rncngn tanyalah ustaz ni...=)

Iffah Afeefah said...

Nk mhl jgk

kiera'sakura said...

xtau nk komen ape

aimie amalina said...

sama cm kak ngah
nak mahal gak
kikiki

fRaMe+LenSeS said...

eintan :: tgk jugak ae? hhe

Iffah :: ye lahh.. mahal jugak. :D

aimie :: sila ikt kak ngah tau. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA