Followers

Thursday, 20 October 2011

Real Steel - Dari Kaca Mata Nadh

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Akhirnya, Nadh berpeluang juga nak tengok cerita yang menjadi bualan ramai dalam dunia belog n facebook kebelakangan ni. Iaitu cerita Real Steel. To be honest, Nadh rasa cerita ni banyak nilai yang baik di dalamnya.

1. Menjadi diri sendiri.  
Cerita ni jelas nak bagitau tentang hati mana tak tersentuh bila kita dapat tengok orang yang kita sayang tu jadi diri dia sendiri. Malah Nadh sendiri macam tertacing seketika masa babak akhir, masa Max dapat tengok Charlie bapak dia dalam "rupa sebenar" dia iaitu seorang boxer yang satu masa dulu leh dikatakan sempoi jugak la. Masa tu Max mengalir air mata, malah isteri baru dia Bailey pun sama.

2. Tentang tanggungjawap yang ditinggalkan. 
Macam mana seorang Ayah tu rasa bersalah sebab dah tinggalkan tanggungjawap kepada anak dia. dan last sekali kembali mencari anak dia dan nak tebus kesalahan kepada anak dia tu. "i will fight for you" kata dia kat anak dia yang last sekali masa perlawanan Real Steel tu, dia yang jadi boxer sebab Atom dah kehilangan fungsi mendengar arahan dari controller dia tu. dan terpaksa gunakan fungsi bebayang untuk berlawan. 

3. Yang terpuruk, yang terbuang tidak bererti tidak berguna
Dalam cerita ni, Atom, robot yang membawa kepada penyatuan dua anak beranak, perubahan seorang ayah, dan keinsafan seorang suami dijumpai di tempat buangan, dari hasilnya dari sebuah robot buangan, dia telah menjadi satu kebanggaan yang membawa kepada kejayaan dan penting sekali PERUBAHAN. Ingatlah kita bahawa, yang buruk tu tidak semestinya teruk dan tidak berguna, berhati-hatilah kerana mungkin, ianya lebih bernilai dari yang kita rasa baik dan baru.

4. Like father like son. 
Ini babak antara yang menjadi ketawa orang, bagaimana si ayah yang degil bermonolog sendiri kata anak dia tu "degil". Tidak pula la dia sedar yang sebenarnya degil tu, datangnya dari sikap dia jugak, macam mana degil anak dia tu, sebenarnya begitulah degilnya dia.

5. 12,000 miles for a kisses.
Owh ini babak sedikit romantis. Nadh tutup mata masa tengok babak ni. Rasa malu plak sebab masa ni Charlie pulang dari jauh, beribu batu untuk berjumpa dengan isterinya Bailey dan dia kiss isteri dia. Opss.. nak bagitau kat sini, bukan nak beromantik sangat, tapi Nadh rasa macam sweeeeeettt sgt bila Bailey cakap, "12,000 miles for a kisses.", dan dia jawap "worth it! worth it!". Apa yang leh kita serap masuk dalam hati adalah, sejauh mana pun kita pergi, kasih sayang tak pernah hilang kan? Kita kena juga tunaikan tanggungjawap kita walau kita dah pergi jauh. :) 

6. Semangat berjuang yang kuat. 
Mungkin juga degil kerana mengikut ayah, tapi Max punya semangat yang kuat dalam berjuang. Dia tak rela dia kalah macam tu saja, malah berusaha untuk upgrade Atom untuk jadi robot yang lagi canggih dari asal nya robot sparring saja. Lagi, taknak jual Atom, dan berjuang sampai akhirnya. Kita rasa yang kita ni kecil, dan tidak mampu, tapi kecil itu juga istimewa dalam kalangannya, bukan bermakna kecil tidak boleh berjaya, tapi cari kelebihan sendiri dan penting untuk ada semangat. Kegagalan itu bukan datang dari fizikal pertamanya, tapi adalah dari semangat kita yang berjuang ni.

7. Money Can't buy everything
Lemkova yang punya banyak duit meminta dari Charlie nak beli Atom dari mereka. Waktu ni Charlie bertengkar dengan Max sebab dia nak jual dan Max taknak jual. Tapi akhirnya dia akur dengan Max. Dan best bila tengok dia kalahkan Twin Tower, robot kepala dua dalam perlawanan professional pertama dia. Mungkin dalam satu masa kita berfikir yang wang itu untuk membeli yang keperluan, tapi perlu diingat, yang WANG BUKAN SEGALANYA.

8. Kita punya persona tersendiri
Nadh suka tengok babak dalam cerita ni masa Max menari dan Atom akan ikut gerakan-gerakan dia. Suka betul, sebab dari kisah ni bak kata ayah dia, "You have it and people want to see it". Itulah yang Nadh nak maksudkan dengan persona dia, iaitu kelebihan diri yang istimewa yang orang suka nak lihat, kekadang kita mungkin rasa malu, tapi untuk sesetengah situasi, ianya perlu ditonjolkan. Kerana itu bisa menjadi "trademark" kita.



Nak tahu banyak lagi, pergi la donlod. Nanti anda tahulah ceritanya macam mana. (Nadh tengah tunggu versi Bluray punya, arap keluar cepat.) Yang baik tu kita simpan, yang buruk tu kita buang. Moga-moga kita dapat menjadi manusia yang baik, mungkin nak menjadi unggul tu susah, tetapi, insan yang baik itu bukan yang baik-baik sahaja, tapi yang belajar menjadi yang lebih baik dengan memperbetulkan kekurangannya.

Note ::  Nadh susah nak cakap menda bagus, tapi kalau Nadh kata bagus tu. Memang Nadh suka sungguh la tu. :D

7 comments:

Iffah Afeefah said...

Jiran ske y no 5

sweet je. Tp xske cte gni

tgu org kasi jela

Anum said...

real ateel maksud yang mendalam
bermain ngan emosi ayah dan anak

azwa amani said...

huhuhu..insyaAllah, kalau ada masa amani nak tgok cter ni.. :)

JIJI YU said...

aku nak gi panggung

Fay said...

x tengok lg cte nih.. rmai org ckp best..

kiera'sakura said...

bce awk review pown dh xyah nk tgk lagi... toink toink :p

aimie amalina said...

waaaaaaaaaaaaaa
bile nak tgk cite ni
nadh dh uat owg nk g tgk wayang nihhh

Buta+Pekak+Bisu=CINTA