Followers

Monday, 17 October 2011

Bida'ah perkahwinan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh ada terbaca sebenarnya bukan terbaca lah, tapi Nadh ada terdengar ceramah dari Ustaz Azhar Idrus mengenai Bida'ah Hari Perkahwinan yang semakin lama makin menular dalam masyarakat kita. Rasa dah banyak kali kot Nadh sebut mengenai hal ini, kali ni nak sebut lagi, dan harapannya ada yang mengambil kisah tentang perihal hal ini. Berikut Nadh kongsikan video tu.



Mungkin mudah kan, tapi bak kata Ustaz, kita tak ubah macam orang Negro Nigeria, sebab modified budaya lain-lain menjadi budaya kita.

1. Dari Melayu dah jadi India, sebab campur budaya Hindu dalam masyarakat kita. Owh ya, kita berani menayang-nayang dengan bersanding, bukan hanya kahwin, malah dah upgrade sekarang, tunang pun dah ada sekali bersanding manding ni.

Dari segi Islamnya, SUAMI pada ketika ini, dengan niat secara tak langsung sedang mengumpul dosa kering, sebab utama, TAYANG ISTERI untuk tatapan orang, sedangkan Islam dah pesan, aurat isteri, isteri berhias hanyalah untuk si suami.


2. Kita dah jadi omputih dah sekarang. Mana tidaknya, kalau orang putih dah kahwin, nak kiss-kiss, kita pun dah nak buat macam tu, kalau dulu setakat bercium tangan, tapi hari ni, dah mula dah, kiss depan-depan orang. Hello my dear, itu bukan cara kita ya.

Dari segi Islamnya, ketika ini, ia jatuh atas mengugurkan maruah. Begitu enak kita mengikut kan, konon MAJU dengan cara-cara asing tu, tapi pada hakikatnya kita sedang memalukan diri sendiri. 


Nabi Muhammad SAW bersabda; "Sesiapa menyerupai suatu kaum, ia dari kalangan mereka" (HR Imam Abu Daud dari Ibnu 'Umar. Lihat; Sunan Abi Daud, kitab al-Libas, bab Fi Lubsi as-Syuhrah, hadis no. 3512).

Tertanya-tanya, makin lama MELAYU memang makin LAYU, yang menakutkan bukan itu, tapi kerana layunya melayu, habis ISLAM dapat cop tu. Sedih la.

12 comments:

azwa amani said...

betul jugak tu nadh..yg amani perasan sekrg ni bnyk sngt pre wedding.. itu semua cara org bukn islam....tapi kenapalah org kit ni asyik sngt dengan ikutan barat...minda melyu kita ni lemah nadh...buntu aman mcm mana nak membantu..

erysweetie said...

sy org jawe.. hehe..

Iffah Afeefah said...

Btol. Bile kte inai brukir cm tatu de gk persoal

JIJI YU said...

cium dahi tu kan..ramai beno yg wat..

Fay said...

betul tu nadh.. org skrg kawen habis nak canang 1 malaysia..

zana said...

betul tu... kadang2 tu nak teguq tapi kena cop jaga tepi kain... tak tegur kita pulak yang serba salah.. entahlah...

Pondok Usang said...

kita org melayu ni byk dgn adat...

Gen2Merah said...

itu lah kan,. kadang2 kite yang malu nak tengok pasangan tu main cium2 dahi depan umum... lama lagi tu kena tunggu kena snap...

kiera'sakura said...

saya xnk bersanding... keindahan yg ada biarlah hanya untuk die...

fRaMe+LenSeS said...

amani :: sebab depa rasa best. mtk mf nadh cakap. tapi kalau kepimpinan garapkan agama kurang, semua leh berlaku. agama dipandang enteng, nadh igt tak mustahil satu hari nanti lagi terok dari ni,

ery :: ehehehe. orait kamu. paham. :P

iffah :: yup. atas niat menda tu plak. :D

jiji :: ramai sgt da skg. kan?

Fay :: tunagn pn sama da skg ni Fay.

Zana :: betul tu zana. apa pn tegurlah selagi mampu. tu tgjwp kita. mgkn depa tatau?

Pondok Usang :: adat yang dimajukan lagi trok dari adat dulu nadh rasa.

gen2 :: tatau nak kata./ takut. arap2 nadh tak jadi macam tu nt.

kiera :: bgs2. :O

aimie amalina said...

utamakan yg wajib dlm Islam
yg lain2 tu hanya kemahuan
bukan keperluan kan nadh =]

fRaMe+LenSeS said...

Aimie :: ya benar. :D keperluan tu yang utama, tapi bila kemahuan tu diutamakan, yang betul2 ni jadi mangsa keadaan. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA