Followers

Tuesday, 4 October 2011

Tips Mengatasi Kesedihan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kadang-kadang hidup ini bukan apa yang kita inginkan terjadi, melainkan ketetapan Allah yang tidak seperti kita harapkan. Itulah sumber dari kesedihan yang kita rasakan. Rasa sepi, duka, tekanan batin dan pelbagai rasa sakit yang menyertai perbuatan orang yang anda cintai, telah cuba menghadapi dan mengatasinya. Kini anda merasa seorang diri, menderita ketegangan jiwa, stress kebimbangan dalam menjalani hidup ini tidaklah mudah. Kesedihan yang mendalam dan banyak lagi perasaan yang menyerang jiwa. Kita menggantungkan harapan yang begitu besar namun yang terjadi malah justru kita menjadi kecewa dan itu membuat kita menjadi sedih dan terluka. 

Ada satu tips untuk mengatasi kesedihan itu : 

Lihatlah bahawa kesedihan yang anda rasakan adalah wujud kasih sayang Allah membuat anda menjadi orang yang memiliki kekuatan dan kesabaran untuk bisa menjalani kehidupan ini dengan pelbagai rasa perih terluka kerana terluka akibat perbuatan orang kita cintai, orang yang paling kita sayangi di dalam hidup ini, kadang-kadang kerana rasa sakit dan kecewa membuat kita menjauh dari Allah, namun Allah tidak pernah menjauh dari kita. Apapun pilihan hidup anda, Allah selalu hadir dengan kasih sayangNya. Allah sentiasa menyokong setiap langkah anda. Allah memanggil anda disetiap kumandang azan, dalam doa dan solat agar anda semakin mendekatkan diri kepada Allah. Allah memanggil kita untuk hidup menurut jalan yang telah ditetapkanNya.  

Apapun penyebabnya yang membuat anda perih, sakit, terluka dan penuh derai air mata bukan semata perbuatan orang lain melainkan datangnya dari Allah yang harus anda terima dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.
"Janganlah kamu bersikap lemah & janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali-Imran: 139).

Jika anda merasa yang si dia tu Sweet sangat hinggakan tiada pengganti, cuba tengok yang TERPALING-PALING-PALING SWEET NI. Pasti anda menangis punya.


Sumber : By: M. Agus Syafii

10 comments:

azam said...

:) betul.....

jgn sedih.....kawan² ada dan sudi membantu

Anum said...

banyakkan bersabar dalam menghadapi dugaan

Iffah Afeefah said...

btol klo jauh dr ALLAH mcm2 ley jd

kiera'sakura said...

lagi byk ujian lagi dekat kita dgn Allah...

Allah tak kn menguji diluar kemampuan umatNya...

aimie amalina said...

=]
jgn bersedih kan kalau diuji
waa..entri yg membakr semangat =]

CikTomyam said...

wahhhh suweeetnyaa...

puewiittt~~

hahah lma tak singgah sini..^^

Raisya Haris said...

Allah S.W.T. sentiasa menjaga umatnya~

JIJI YU said...

waa smpai nanges2..

cik pulau said...

la tahzan...
heeheh

fRaMe+LenSeS said...

Azam :: ye.. maceh.. :D

Anum :: maceh kat kamu jugak.. :D

iffah :: ye. betul tu..

aimie :: terbakar gak semangat ni. ehhe,.

cik tomyam :: tu la. mana p lama ilang ni?

Raisya :: langsung tak pernah tinggal umat dia. :D

Jiji :: yo lahhh :P

Cik Pulau :: ehhe. ye lahhh

Buta+Pekak+Bisu=CINTA