Followers

Tuesday, 12 April 2011

10 minit paling berharga bagiku. Terima Kasih Ya ALLAH.

Assalamualaikum..
Baru sampai rumah ni.. seriously rasa penat..
tapi lepas selesai 10 minit penuh makna kat kedai tadi.
rasa lega plak.. walau mungkin tadak apa dari aku tu..
tapi aku sndiri tatahan tadi..
nak gelak leh.. sendiri yang tahan sebak waktu bercakap..

"weyh,, kenapa kita susah? "

"entah, tatau plak..."

"ang rasa pasai apa? "

"ummmm.. ntah.. napa weyh?"

"sebab kita kufur... sebab tu ALLAH bagi kita susah. fikir tak kita? hari ni rupanya ALLAH tu masih sayangkan kita.. DIA takkan uji kita kalau DIA tak sayang kita. Pernah dengar tak pasal istidraj? kenapa ALLAH tak bagi kita yang kita mintak? kenapa DIA tak bagi kita senang? sebab DIA tu sayangkan kita.. DIA tak bagi kita istidraj, sebab tu DIA bagi kita susah. DIA ada kata tau.. Mintaklah,. dan DIA akan bagi kat kita.. tapi kita ni nak mintak pun takmau.. nak solat pun kita malas.. DIA suruh kita wat.. tapi kita tak buat.. ang fikir la.. Bos kita.. suruh kit wat kerja. tapi kan, kita kerja pun tak, dok membangkai, hujung bulan dia nak bagi gaji tak kat kita? mesti tak kan? Tapi ALLAH tak macam tu.. DIA bagi jugak dekat kita. aku tak rasa tu salah ampa jugak, tapi mungkin kelemahan aku sendiri kot.. sebab aku tak berjaya nak bawa menda islamic tu dalam diri ampa.. pernah dengar tak ALLAH kata, barangsiapa yang kuat mengingati aku, Aku akan angkat kedudukan dia? lagi, tunaikanlah solat dan bertaburanlah kamu di muka bumi untuk mencari rezeki? ALLAH syg kita, ang fikir tak napa dia tak buka hati orang tu untuk fikir pasai kita? sebab kita pn tak ingat kat DIA.. DIA leh ja nak bagi kat kita kalau DIA mahu, tapi DIA tak mahu, DIA nak kita kembali ke jalan DIA.. baru DIA nak bagi.."

"aku macam pernah dengar sal hal ni.. kenapa cina indu kaya?"

"inilah yang dikatakan istidraj. ALLAH bagi semua, dan sediakan neraka buat depa.. tapi kita ALLAH takmau macam tu, ALLAH nak bagi kita berubah. ALLAH syg kita.. aku pernah dengar satu ni.. andai nak dikira keberatan dunia ni.. walau sebesar sebelah sayap burung, atau sebelah sayap nyamuk sekalipun, ALLAH takkan beri walau sedikit kat golongan yang kufur ni.. ang bayangkan aa.. tadak apa pun sebenarnya.. tapi bukan kata kita takleh kejar.. tapi kita kejar yang UTAMA tu dulu, dan dia akan bagi dunia kita. barangsiapa yang mengangkat aku, aku akan angkat kedudukannya.. ang ingat tak cita abg madi pasai satu company yang jaga solat tu? ujung tahun ja dia hantar pekerja dia tunaikan umrah.. padahal company kecik ja pun. tapi dia jaga solat.. ALLAH bagi, tak senang pun tapi okeh, tak susah.. ALLAH tunaikan janji DIA.. ALLAH tak mungkir janji.."


Alhamdulillah.. serious lega dapat bercakap sal hal ni dengan seorang sahabat.. Moga ALLAH buka hati dia untuk sedar hal ni.. Doa sangat ALLAH berikan dia nur untuk dia sedar menda ni dan berubah.. Ya ALLAH, aku pohon kepada mu, tiupkan sedikit nur dalam hati sahabatku ini Ya ALLAH, aku sendiri sedih melihat mereka Ya ALLAH, aku tak mampu.. aku tak tara ana nak menegur.. Ya ALLAH, berikan aku sedikit lagi kekuatan untuk aku menegur yang lain pula selepas ini, ALLAH benar inginkan keadaan tu, semua taat kepadaMU.. aku idamkan perkara ni Ya ALLAH.. Amin Yarabbal Alamin.

2 comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA