Followers

Wednesday, 20 April 2011

Kau Penat Kau Berhentilah

Assalamualaikum..
Berhabuk dah blog Nadh ni. Sehari Nadh tadapat tengok dia. 
sebab Nadh bz semalam. rasa kalau duduk office pun tak bz macam semalam.
keluar merata. tapi Alhamdulillah. banyak yang berlaku semalam. 
ALLAH sayang Nadh, dia bagi yang baik-baik dekat Nadh. Syukur sangat..

Pagi ni Nadh nak kongsi tentang "Dibahan orang".

Pernah tak kita jadi bahan perbualan? Nadh selalu ja. Hihi. Tapi Nadh dalam perbualan main-main ja. Tambah dengan adik beradik KBU tu. Walau sekarang agak dah berkurang sebab Nadh dah convert jadi abang kepada adik-adik KBU ni. Tapi tetap jugak ada lawak-lwak usik-usik nakal tu.

Baik, bukan itu yang nak Nadh kongsikan hari ni. Tapi mengenai menjadi "bahan" kutukan kawan-kawan, atau bahan kutuk belakang kawan-kawan, tak kiralah kat pejabat ka, dekat sekolah ka, dalam pergaulan harian ka. Pendek kata, dari segala hal la. 

Normally terjadi bila ada yang tak puas hati mengenai tindak tanduk kita. Mengenai apa yang kita lakukan. Kemarin Nadh ada jumpa satu kes, dibahan orang yang tak puas hati dengan dia, musabab dia macam besa la. soal hati dan perasaan ni. Dia ada cakap dengan Nadh, dia sedih dan terasa la.

Balas Nadh senang ja, Tuba Dibalas Susu, (Ehh kiasan apa plak la yang Nadh buat ni kan. ihhi.) Maksud Nadh, kita balas keburukan tu dengan kebaikan la. Kita jangan lawan dia dengan keburukan sebab keburukan tu akan buatkan dia lebih membenci kita,. Dan dalam dunia skarang ni, tak mustahil, perkara yang lebih buruk boleh menimpa kita.

Cuba la, murahkan bibir dengan senyuman, murahkan diri dengan kebaikan dan ikhlaskan hati dengan memaafkan. InsyALLAH, sedikit sebanyak dia akan terkesima kembali dengan kebaikan tu dan sedar akan kesilapan dia nanti. Itu juga satu cara kita nak berdakwah kepada dia kan? atau istilah yang Nadh rasa agak tepat jugak iaitu reverse psychology. 

Mesti masing-masing berfikir kan? Dah la buat buruk dekat kita, mengapa masih nak sangat berhati mulia kan? Jawap Nadh mudah aja, kita tahu orang tu, kurang ilmu, dan kita yang ada sedikit ilmu ni pun dah ikut macam apa yang dia buat, Nadh soal kembali, agak-agak sapa yang kurang ilmu sekarang?? Semudah itu kan? kita akan tahu betapa seronoknya memaafkan bila kita dapat nilai balik, betapa buruknya membenci.

Wallahualam. ;)


12 comments:

Farhana Jafri said...

btul ckp nadh.. dh bnyak kali kne mcm tu.. ad yg xnk kwan lgsg sbb kes jeles.. tp mlas nk amek port.. sbb bnde tu xlogik.. slagi kite btul wtpe nk tkut.. biar la org nk ckp pe.. mlut org kite xboleh nk ttup.. :)

jemput singgah ANASAURUS :)

perrydaus90 said...

setuju dengan hang nadh...
lagi pun bukan semua manusia perfect ok...

kiera'sakura said...

peringatan yang amat berguna =)

Miss Ran said...

btol2..skong sgt

susa nk maapkan org sbnrnye

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

GK susah sket...

kalo orang buat taik kat GK ni...

bukan saja muka, dengar nama pon dh tak mau...

tp xda la smpai nak gaduh2 kecoh2 sampai 1 dunia tau...

kalo kena sindir sket2 tu sndiri mau ingat la kn haha...

nadira shahid said...

die jeling, kite senyum ;)

cik pulau said...

errr.. betol2...kalau cik pulau..
senang nak maafkan orang..
tapi sukar nk melupakan...
errr... taktau nak cakap camne..lalala~

hanim azhari said...

nak memaafkan tu mmg senang..nak melupakan tu ssh sikit la nadh..biasala hidup..kdg2 kite kat ats..kdg2 kite kat bawah..terima je la dgn lapang dada kan :)

fRaMe+LenSeS said...

Farhana :: takyah amek port.. buang masa ja. lama2 kita wat tatau. diam la depa.

Daus :: betul. tade yang perfect. ;D suma sama ja. cuma beza kita ng yang tak beringat tu adalah kita sntiasa cuba perbetulkan diri kita..

Kiera :: berguna ka? alhamdulillah..

Miss Ran :: ikhlaskan diri. insyALLAH.. kita tak sakitkan ati orang, orang pun tak buat kat kita, insyALLAH..

Cik GK :: hhihi.. takpa.. cuma pesan Nadh jgn simpan dendam. atau menci dalam ati ja.. tak elok untuk kesihatan. ;)

Nadira :: senyum kan sedekah.. banyak senyum awet muda.. hehe

Cik Pulau :: alhamdulillah.. memaaafkan tu baik. tak melupakan tu Nadh pn sama je.. hehe.. cuba nak lupakan, tapi lama2 kita didik ati kita, lupalah tu. .;)

fRaMe+LenSeS said...

Hanim :: yup.betul tu. terima dengan lapang ati.. leh aihh. ;)

nora amila ghazali said...

setuju... jangan nak balas kejahatan balik... tue akan mengerohkan keadaan lagi... kalau kita wat baik pada dia.. lama2 dia akan sedar...

fRaMe+LenSeS said...

Nora :: betul la tu.. :D balas baik tak rugi kan. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA