Followers

Friday, 15 April 2011

Beranikah diri melangkah?


Ni persoalan yang aku tanya seorang kawan semalam.
Seorang kawan yang down sangat sebab orang yang diharap tu, turn to be someone who against her.
Katanya, dia tak sanggup nak melangkah sebab takut satu hari nanti dia akan menyesal.
So, aku mulakan dengan hujah aku.

1. Apa ang dapat dengan stay? 
dia diam dan aku sambung kata-kata aku. Kalau hari ni hang dok menangis, aku yakin, esok, lusa, tulat, kulat, sampai ke berulat-ulat pun ang akan menangis jugak. TAPI kalau ang beranikan diri hari ni melangkah, ang akan menangis jugak esok, lusa dan tulat, yang tu pasti, TAPI aku yakin kesedihan tu akan berkurang bila dah tiba masanya nanti. hari-ke hari akan semakin kurang, dan akhir sekali ang akan rasa tenang.

2. Masa bercinta, kentut pun bau wangi.
Betoi tak aku cakap? masa couple ni kan, semua manis belaka. aku ingat kalau masa ni kentut kat sebelah pun, "i tak kesah aihh. wangi la kentut u nih..". Masa couple ni, manis segalanya, kalau kata dok berkepit la kan, enchik semut nak dok tengah pn leh mati la, sebab tersepit, betapa rapatnya masa ni. dahsyat-dahsyat..
TAPI, bila dah kahwin, try la kentut tengok, makan penampar, tak pun free ja makan penyepak. tu da terang la. Kata orang tua-tua kan, masa cinta segalanya MANIS, sebab masa ni semua nya ada indah dan terlebih manis dari sekiranya aku kumpul segala madu, gula kat dunia ni konpem CINTA TU LEBIH MANIS. TAPI, KALAU KATA MASA NI PUN DOK BERCAKARAN, PAHAM2 SENDIRI YA.. :P

3.Pencaturan ALLAH tu bersebab
ALLAH tak jadikan menda tu sia-sia. caya tak? dari perkenalan tu, ang dapat kenai dengan ISLAM. bukankah itu sesuatu yang baik. walaupun dia tak dapat jadi pembimbing yang baik, TAPI semestinya ALLAH dah takdirkan untuk ang, pembimbing yang dapat bawa ang ke jalan yang BENAR.

4. Kenangan bukan untuk di buang, tapi untuk disimpan isi nya.
Yang baik di simpan, yang tidak disimpan isinya dan dibuang keladaknya. FILTER baik-baik tiap kejadian dalam hubungan tu. Contoh, masa berkenalan, ang tak tahu pun satu perkara tu, dan bila berkenalan, ang belajar mengamalkan perkara tu, contoh membaca Yaasin selepas Solat Subuh. takkan sebab dah break, ang rasa takmau buat dah menda tu, hanya sebab hang bencikan dia dan tak mahu berikan dia PERCENT PAHALA yang ang buat tu? Janganlah macam tu kawan, YANG BAIK KEKALKAN, YANG TIDAK BUANG DAN SIMPAN PERINGATAN AGAR TAK BERULANG.

5. Ujian itu sebenarnya adalah Kasih Sayang ALLAH.
Percaya atau tidak, sebenarnya ini hakikat nya, ALLAH tak uji kalau dia takmau ang kembali kepada DIA. Lazimnya, manusia ni akan kembali mengadap ALLAH bila dia down, bila dia sedih. Contoh la, aku bagi dekat ang RM1000. aku berani kata, ang akan fikir duit tu nak buat apa, mesti nak shopping, nak beli tu, nak beli ini, TAPI ada tak sikit-sikit dalam kepala otak tu fikir nak guna RM500 ka dari duit tu untuk sedekah ka, untuk bagi zakat ka.. ada tak? ada tak? susah kan nak fikir tu, sebab tu adalah apa yang Nabi dah sebut dulu, dia tak risau umat dia diuji dengan kesusahan, kesakitan, tapi dia lebih risaukan umatnya diuji dengan kesenangan.

6. Cinta ALLAH tu penyelesaian.
Ini bukti benar lagi sahih. kaedah terbaek untuk ang pulih hanya lah dengan berserah segalanya pada ALLAH. Aku dulu, bila teringat ja, sejadah la tempat aku, Al-Quran la peneman aku. dari situ aku belajar yang ALLAH sedang mentarbiah aku sebenarnya, ALLAH sayang aku, sebab tu DIA nak aku dekat dengan DIA. Dan sebenarnya-benar peneman kita, pendengar setia, yang TAKKAN MUNGKIN membebel bila kita dok ulang-ulang kali mengadu menda yang sama HANYALAH ALLAH. ;)


Note :: Sedikit sebanyak pendapat dan semoga mendapat sedikit manfaat dengan isi perkongsian. Terima Kasih. Yang kurang tu dari Nadh, dan Yang Baik tu dari ALLAH, Yang Maha Mengetahui tiap perjalanan yang ditakdirkannya.. ;)

6 comments:

saya YANA said...

melangkah dalam percintaan?.. no komen.. hmmm.. Yana berani tak berani la nak melangkah ke depan.. hehe.. tapi bila baca ni.. hati cam terbuka sikit nak terus melangkah.. terima kasih kongsi nasihat ni.. hehe..

Miza Yusof said...

masa bercinta semuanya indah belaka bila berpisah makin hamun bermaharajalela :)

cinai diri sendiri terlebih dahulu sebelum mencintai insan lain :)

fRaMe+LenSeS said...

YANA :: ehhh. maksud nadh melangkah bila kecewa.. jgn stay la bila cinta tu hanya mendatangkan masalah, wat ngs pa suma tu.. tade maknanya..

♥CiK DuYuNg_Ca♥ said...

nice entry ..ca suka baca..boleh jadi kekuatan kata2 kat sini.. :)

oshin-jamel said...

klu kt umah rsenye leleh dah air mata baca!!!uhuhuh!!!sbb kt opis hnye bergenang aje...thn x bg leleh..huhuh!!!time kaseh beri akk kekuatan tuk akk truskan hdp wpon tanpa "si dia" di cc..harus lupakan die trus!!!!

fRaMe+LenSeS said...

CA :: yang baik tu jadikan ikutan. moga Ca dapat kekuatan y Ca cari tu..

Kak Oshin :: tamo la ngs.. kak leh. adik nadh yakin kak leh. anything mai je ping kat cni.. :D mungkin Nadh dapat suntik cket inspirasi. ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA