Followers

Tuesday, 26 April 2011

Ehh, bukan semalam kamu datang ka?

Assalamualaikum.

Dengan ini mengumumkan tangan ketar sebab tak dapat nak wat entry..
Hari ni gagahkan jugak diri nak buat entry. Nak cerita tentang perkembangan Nadh jika ada yang membaca.
sebenarnya tadi mata Nadh berdarah. Masa tu Nadh nak pergi jumpa boss Nadh dekat opis yang lagi satu. Masa OTW balik tu rasa mata berair, susah nak tengok jalan, rasa pelik la. Tapi Nadh just usap-usap mata tu.
Sampai depan opis, Nadh checking la mata Nadh. tengok apa jadi dengan mata, tengok-tengok MERAH. 
Rupanya yang tadi Nadh ingatkan air mata adalah Darah!!

Terdiam seketika, kemudian boss sampai, dia kata hang nak p klinik ka Nadzri? Nadh cakap la, takpa la abang, nanti saya selesaikan la sal mata saya ni. Dia cakap, takpa-takpa, hal tu aku akan watkan nanti, tapi ni kita pergi klinik dlu, jadi boss Nadh bawa la Nadh p klinik. Alhamdulillah, klinik tu dengan bank berdepan ja. Masuk dalam klinik tu, dah kena psycho dengan kak klinik tu, dia kata kami 2 orang sebijik macam semalam dua orang datang nak medical checkup, budak tu nak keja dekat Puspakom. Nadh agak pelik disitu, kami tak mai kot? ntah camna la leh kata muka 2 orang tu macam kami. So dipendekkan cerita, dia dok sakat kami la. Last Nadh lepas satu ayat ja, dia tanya tinggal kat mana setelah amek IC Nadh nak daftarkan, dia kata jauh, Nadh cakap ja "ala kak, mungkin dah ditakdirkan kami mai klinik kak ni nak jumpa kak hari ni.." tergelak boss Nadh, dia kata, "ayat.. tatahan Nadzri. ahaha.." kak tu pun gelak. lepas tu Doctor tidak ada, kami pun pergi la bank dulu. 

Lepas selesai dekat bank, Nadh mai balik, n doktor masih tak ada lagi. so Nadh just tunggu. sambil tunggu tu, rasa tak senang hati kalau tak bagitau dekat Mama, Nadh call mama n cakap, mata Nadh berdarah. terkejut mama. Lepas tu SMS seseorang bagitau. dan dia juga sama macam mama, keduanya dah cam isau dengan Nadh. Tak lama lepas tu, doc panggil masuk dalam bilik dia. Nadh cita la dekat dia apa jadi, dia cakap, pembuluh darah mata Nadh pecah. sebab tu berdarah. Nadh tanya la, so camna doc? dia kata, jangan risau. tak buta aih.. ahahaha.. Nadh gelak sat la noh.. hihi.. sebab da lama tak baik-baik lagi. Nadh tanya la dia, dia kata sebab panas. lepas selesai tu, kua dari bilik doc, Nadh SMS mama, tau apa Mama cakap? 

"ok jgn dok ronda sana sini cuaca tak elok, minum air banyak2, air masak bukan air ais, kalau tak penting jangan kluar dok saja kat opis, kalau sendiri tak jaga sapa lagi nak jaga"

Nadh sangat paham kalau Mama risau. sebab Mama pernah kata jugak time Nadh study dlu, Adik perempuan Nadh kalau tak call sehari pun Mama tak rasa apa, tapi kalau anak teruna dia ni tak call sehari, macam-macam dia fikir.. hurmmm.. mesti Mama isau kan? tapi Nadh na leh tak cita pape kat Mama. So skang Nadh kena jaga betoi-betoi la diri ni, ikut pesanan Mama. tak mahu Mama isau. harap-hharap akan cepat pulih.

Doakan Nadh ya.. :D

7 comments:

naqiah said...

minum ayaq masak byk skit.. :)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

jaga diri....



errr....siapaka seseorang itu?? mcm tau ja.. tettttt

fRaMe+LenSeS said...

Artis :: ya baek.. :D

Cik GK :: takyah dok wat cita na.. :P

*47!k@# said...

eh,,abg ika sakit??err,,semoga cepat sembuh..camna boleh berdarah~huu~takotnya..

Miss Ran said...

mnakutkan je

hope cpt smbuh

jage dri ye nadh

udin said...

huish.. mata berdarah??? 1st time cheq dengaq pasal ni.. kalau idung berdarah tu biasa sangat.. banyakkan rehat nadh ye..

fRaMe+LenSeS said...

Ika :: maceh dik. jgn la takut. abg y kena. adik abg asal sihat dah la. :D

Miss Ran :: maceh doakan nadh Miss Ran..:D

Udin :: maceh bro nasihatkan aku.. :D insyALLAH, aku rehat

Buta+Pekak+Bisu=CINTA