Hari ni nadh nak bercakap mengenai erti jatuh, erti sakit, erti putus, erti duka, erti lara.
Segala menda yang meninggalkan kesan dalam hati kita.
Sapa yang tak pernah merasa perkara-perkara kat atas ni?
rasa nya kalau nak kena kerat kuku pn Nadh sanggup sebab sangat pasti yang semua orang pernah berada dalam situasi ni..
Well, di pendekkan cerita macam ni la. sila betulkan jika salah.
Yang sebenarnya UJIAN (kesimpulan dari perkara atas tu) , adalah sesuatu yang membawa NIKMAT andai kita tahu menilainya. Buktinya. :
“Apa pun yang, menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan, kesakitan, kesusahan dan apa pun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukan-keburukannya.” (HR Muslim)
kerana apa?Nabi Muhammad SAW tadak pula sebut tentang ini sebagai seberat ujian buat hambaNYA.. melainkan 2 seperti yang dbawah ini. :
“Demi Allah, bukanlah kekafiran atau kerana kemiskinan yang aku bimbangkan atas kamu, akan tetapi aku bimbang kalau-kalau kemewahan dunia yang kamu dapatkan sebagaimana yang telah diberikan kepada orang-orang yang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu sehingga kamu binasa sebagaimana mereka dahulu bergelumang dan binasa pula.” (HR Bukhari)
“Sepeninggalanku nanti tiadalah ujian yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki kecuali godaan kaum wanita.” (HR Bukhari)
Dari dua yang diatas, rasanya saya dapat simpulkan yang, Godaan Wanita itulah CINTA makhluk dan keduanya Harta Kekayaan dan mewah sebagai Cinta Dunia. Dua yang akan jatuhkan manusia dan menjauhkan manusia dari ALLAH.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah s.w.t. sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya. Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadan tidak berdosa.” (HR Tarmidzi)
Note :: Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. ;)
7 comments:
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. ;)
suraj al-Insyirah..heheheh...
betoi2 terima qada dan qadar Allah dengan redha kita akan rasa nikmatnya diuji..
Aimaa :: u r right.. ;) menerima dan kita akan merasa nikmatnya.. ;)
setiap ujian tanda kasih saynag Allah pada kita.:)
sesungguhnya manusia itu perlu redha dengan segala ketentuan yang dtg dariNYA jatuh,sakit,putus,duka,lara ubatnya hanyalah ketabahan dan keredhaan dan sentiasalah ingat akanNYA kerana ialah pengubat segalanya sentiasa ingat akanNYA
bunga :: betul. ALLAH syg tu ALLAH uji.. ;)
Efa ::yup. igt kat DIA. DIA pn ingat kat kita.. ;)
metui.metui.
Selalu berpikiran positif tentang kegagalan!!!
Nadia :: yup. true.. gagal bukan erti takkan berjaya kan, tapi tu permulaan satu kejayaan.. ;)
Post a Comment