Followers

Sunday, 17 April 2011

Hubungan dan Hala Tuju

Assalamualaikum. 
sekali lagi hari ni Nadh nak cerita something, mengenai 
Hubungan dan Tala Tuju.
Pagi tadi Nadh dapat SMS dari Mama, ada orang dah tanya pasal Adik Kesayangan Nadh sorang tu. 
dah ada yang bertanya berapa nak letak hantaran..
Nadh terus cakap Nadh approve.
sebenarnya Nadh da pernah cakap sekali dekat Mama, lepas ja Ma, dah sampai masa. 
Tapi Mama cakap Mama tak mau paksa, terpulang la pada diri anak Mama masing-masing.

So hari ni Nadh rasa happy jugak la. sebab Mama pn dah cakap suh balik, Mama nak ajak kemas-kemas sikit rumah, mana la tau jadi jadi sungguh kan. Paling tatahan Mama leh plak cakap, ha, abg pn dah ada kan? cuma adik ja yang dok On-Off tu.. hihi.. (seyes Nadh da kena balik dengan Mama,. huu.. sabaQ na.. tau la Mama da kenai budak tu.. ni suma keja Adik la ni.. :P ) 

Okeh back to Topic, 
Hubungan Dan Hala Tuju. 
sebenarnya sejauh mana kita fikirkan hala tuju satu-satu perhubungan tu? 
Adakah sekadar bersedap-sedap?atau sekadar bersuka-suki? atau anda meletakkan keseriusan dalam satu perhubugnan tu? maksud Nadh kat sini adalah, fikirkan yang lebih jauh, atau dalam bahasa sopan dan senang di fahaminya adalah dengan "mengikat pasangan masing-masing" a.k.a Kahwin.

bagi Nadh sendiri, nak kenai seseorang tu macam mana, senang ja, tengok camna dia pandang satu perhubungan tu, n dalam kes atas tadi tu, Nadh rasa nak approve ja sebab dia pandang jauh, iaitu tanak lama-lama berkawan, dan nak selesaikan supaya hubungan tu jadi Halal, dan kebaikan dikongsikan bersama. Sebenarnya tak ramai yang fikir macam ni, sebab bagi depa, kenai la dulu, date la dulu, wat tu dulu, wat ni dulu, tapi ada tak yang fikir yang sebenarnya perlakuan tu perlahan-lahan akan undang perkara lain yang tak baik plak. 
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang jelek”. (Al Israa’: 32). 

Nadh personally rasa yang pandang hal ke depan tu sebagai MATANG, sebab, mudah ja, kalau dia fikir nak main-main, dia takkan babitkan diri dia dalam satu hubungan, dan takkan plak nak sebut pasai nak simpulkan dengan satu yang lebih bermakna iaitu perkahwinan kalau dia belum bersedia, orang ni bersedia setelah dia muhasabah diri dia. Malah dari segi ISLAM pun, nadh leh wat kesimpulan awl, dia berfikir tentang perkara tuntutan dan Nadh akan cakap dia juga da fikir tentang DOSA dan PAHALA. Dan DIA paham pasal satu hadis Nabi yang menyebut ;

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Bukankah dah dijanjikan ruang yang besar buat yang menunaikannya? 
"Apabila seorang hamba telah menikah, berarti dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang lain.” (HR.Baihaqi)

Wallahualam. Semoga mendapat manfaat. ;)

11 comments:

juicy X said...

cek siyes abg nadh oii...si dia pon siyes..tp kewangan xstabil lg..pakt dok impon wet x cukup2 lg T___T

schaze zainn said...

nak kawen ni perlukan persediaan dari segala segi.

MENTAL + FIZIKAL + KEWANGAN

itulah yang saya selalu explain dekat encik boifie.

memang setakat akad nikah tu senang, tapi persediaan masa depan pula macam mana kan.

so sekarang saya masih berusaha mengumpul wang dulu..hihi

biar satu-satu setel. lagipun karier pun baru bermula. :)

tak kan lari gunung dikejar right?

have a nice day nadh. ;)

follow kamu.

fRaMe+LenSeS said...

Juicy X :: alhamdulillah. bgs la. dimana ada usaha di situ ALLAH sediakan kejayaan. nadh doakan kamu.. :)

schaze zainn :: alhamdlillah.. kalau da ada usaha bagus lah.. all the besh. nadh mendoakan. apa pn pesanan tetap adalah jaga batas-batas hubungan tu.. kita nak bina sesuatu dari landasan Agama, kena la betul2.. jgn sesekali calarkan dengan dosa2 dan menda yang tak baik. tau.. ;)

kiera'sakura said...

wahhh nadh dh nk kawen la.... =)

fRaMe+LenSeS said...

Kiera :: mengada2.. :P

zaty luvlianncezzz said...

serius dalam 1 perhubungan
kalo maen² bek xpyh kn :)

Need ur help..perlu pandangan seriussss---->
my 1st cerpen

cahaya said...

abg nadh dah nak kawen..
geng KBU akan turun semua..hehe

nelly said...

nak kawen lah ~
haha

Qaseh dalia adelia said...

yup sekarang payah nak dapat komitmen yg terus dari pasangan kdg2 byk yg saja mengelak ..tapi dalam kes ni alhamdulilla jauh pandangannya .. insyaAllah everthing ok ..

*47!k@# said...

eerr,,kak nora dah nak kawen..owh,,diam2 ubi berisi naa~kan masin mulut ika ritu..haha..kemslm kt k.nora..doakan nadh pon dah tak lama..amin..:)

fRaMe+LenSeS said...

Zaty :: ive read ur cerpen. cerita yang menarik sangat..suka.. ;)

Cahaya :: tettttt~~ :P

Nelly :: nak kawen? jgn lupa ajak nadh ya..

Qaseh :: amin2. sama2 kita doakan ya.. ;) arap kamu jga sama nt. ;)

Tieka :: haa.. tade la. apa pn nak aminkan doa kamu kat nadh. hehe. ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA