Followers

Thursday, 21 April 2011

Why it is Getting More and More Complicated?

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Pagi ni Nadh masih dalam mood berbicara soal kekuatan dengan semua. Semasa Nadh atas moto tadi, ALLAH ilhamkan sesuatu lagi kepada Nadh iaitu tentang :
" Why it is Getting More and More Complicated? "

Apa perkara awal yang anda fikirkan sebaik membaca tajuk ini? Semestinya ramai akan fikirkan, adakah Nadh sekali lagi akan menjadi Doktor Cinta pagi ni, membicarakan tentang kisah manusia nak bersama dan dihalang? hihihi.. semestinya tidak la.. sebab pagi ni Nadh nak cakap soal Kekuatan Jiwa dan Rohaniah kita ni. 

Ujian, setiap hari kita akan diuji dengan pelbagai perkara, ada yang kita rasakan sedikit, ada yang kita rasakan banyak, setengah orang tu seringkali diuji dan diuji, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah s.w.t. sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya. Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadan tidak berdosa.” (HR Tarmidzi)

Dari diatas, boleh Nadh simpulkan yang Ujian yang ditimpakan keatas kita ni adalah berkait juga dengan tahap keimanan kita, yakni yang lebih berat ujiannya itu adalah Para Nabi, kemudian Para Sahabat, Kemudian pewaris-pewaris nya, iaitu Alim Ulama', dan kemudian barulah kepada kita-kita ni. Jadi jika kita nak ambil kira la, setelah kita tenung-tenung dan renungkan diri kita ni, di tahap manakah kita? Pernah juga Nadh dengar satu ayat ni, tak berapa ingat sangat la tapi lebih kurang macam ni la, "lagi dekat kita dengan ALLAH, lagi kuat ujian dia beri kepada kita, dan barangsiapa yang bersabar, dialah orang yang beruntung".

Bermakna, semakin jelas dan jelas kenyataan Nadh yang mengatakan ujian akan datang dan datang kepada kita bila mana kita semakin mendekati ALLAH, " Why it is Getting More and More Complicated? " dalam perkongsian kali ni nak menuntut para pembaca merenungkan diri dan memuhasabah balik jiwa masing-masing. 
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 45)

Sebelum Nadh beransur, kita sama-sama renungkan yang ini :
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan dapat masuk ke dalam syurga, padahal belum kamu mengalami duka derita yang pernah dialami dan menimpa orang terdahulu sebelum kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 214)

 Lagi banyak dapat, makna LAGI BANYAK la Kasih Sayang ALLAH kat kita.. Ya ALLAH.. seronoknya.. :D

9 comments:

kiera'sakura said...

lagi banyak kte diuji lg Allah sayangkn kte,.. thanks nadh =)

meaw said...

semoga dengan segala ujian yang ada, bersabarlah...insyaAllah ..disebalik kejadian ada hikmahnya ^_^

cikki's said...

thanks Nadh.. !! semoga dapat bersama memuhasabah diri dan merenung diri sendiri.. ^_^

deDetz said...

wahh...1 lagi artikel yang saya baca hari ni pasal sabar..

sudilah singgah ke blog saya untuk membaca =)

http://acededetz.blogspot.com/2011/04/terasa-nak-jadi-sabar-pula.html

fRaMe+LenSeS said...

Kiera :: sesama.. sabar ye. sabar.. :D

Onie :: amin2.. moga2 kita kuat menghadapi segalanya.

Cikki :: ya. kita kena wat la..ALLAH syg kita wohh. ;)

deDetz :: hihi.. sabar ye.. smpai kamu pn cita pasal sabar. hehe.. :D

KayNisa said...

salam, dtg jenguk sini selepas awak menggegar blog sy. bgoyang2 tau.. hmm, nice entry.. nice blog. thanks

sueMUNCET said...

awak..
saya buat contest..kalau berminat sila join contest saya..

takde paksaan ye..

http://suemuncet.blogspot.com/2011/04/aku-nak-buat-contestsila-join-kalau.html

Syuxer said...

wau..hebat entri awak..buat saya terpikir..:)..patutla bila kita semakin dekat dengan-Nya,kita akan diuji macam2..x heranla orang2 jahat kat dunia dapat bermaharajela coz dunia ni syurga bagi mereka coz x banyak diuji pelbagai dugaan..anyway..saya dari gegar ben dari group enam n ntah no berapa heheh..salam perkenalan..jom kita follow sesama..kita yang berlogo pangkah tuh..:)

Hafriz Mohamad said...

Entri yg baik utk ditatap dan dikongsi brsama.. ^_^
Sabar dan redha itu pnting dlm mndepani stiap musibah.. akn ttapi, x rmai yg bleh redha dlm sabarnya..

~_~ sama2 kita muhasabah diri..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA