Followers

Thursday, 14 April 2011

SAFETY :: OSHA-1994

Assalamualaikum..
Tadi Nadh ada meeting EHS kat Motorola.
Meeting tu dia refresh pasai Environmental, Safety & Health.
Mengenai keselamatan tempat kerja, dan langkah2 keselamatan yang perlu diambil ketika buat kerja.
sebenarnya meeting macam suma tau la. sangat membosankan la. ehehe..
tapi layan jugak la. da la jadi Representative company tadi.
orang len berteman kita dok p sorang.. wat cam cekang.. ahahaha..
dah la dalam tu ramai orang hat terer2.. depa gajah besaQ.. nadh semut comell (pasan dah..) ahahahaha

Okeh. tertarik dengan Quote ni.
"If You Think Safety is Expensive, Try Accident"

baik punya Quote kan? mai nak kongsi sikit pasai SAFETY ACT ni.
dalam akta OSHA-1994 section 15 dan 16.
ada menerangkan pasai tanggungjawap majikan dalam menjaga kebajikan pekerja di bawah mereka.
antara isi penting dia adalah. :
1. Majikan perlu menyediakan peralatan keselamatan (PPE - Personal Protective Equipment) pada staff mereka
2. Selain itu, majikan perlu memberi latihan mengenai cara penggunaan peralatan-peralatan berkenaan, tanpa mengecaj staff untuk sebarang kursus terlibat.
3. untuk company yang mempunyai lebih dari 5 orang staff perlu ada Safety Policy.

Tu serba sedikit la. Maklumat lanjut leh tengok kat SINI. atau download kat SINI
KEGAGALAN majikan menyediakan boleh menyebabkan majikan di saman RM50,000.00 ATAU dipenjarakan selama 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tu untuk majikan la. kalau tanggungjawap staff tu.. depa duduk bawah Seksyen 24.
kesimpulan untuk tanggungjawap staff tu adalah untuk tidak melanggar Safety ACT tu.. kalau melanggar depa bleh dikenakan tindakan penjara paling lama 3 bulan dan didenda RM1000.00.

 

Note :: mudah kan? malang tak berbau, tapi kalau nak jadi, dia jadi jugak. kita la kena pastikan yang kita benar-benar menjaga diri kita kan, tapi kalau jadi jugak tu adalah Takdir. kurang-kurang kita dah lakukan yang terbaik. apa pun, serah pada ALLAH. DIA MAHA MENGETAHUI tiap apa yang DIA dah takdirkan.

3 comments:

tomatokering :) said...

yupp kena terima qada' dan qadar yg allah dah tetapkan... :)

wahhh nadh dah 330 .. ^^

fRaMe+LenSeS said...

Erika :: ehehe.. maceh2.. da naik dah noh.. ada jugak nak melawat blog nadh y naif ni kan.. ;) terharu sat la.. ;)

Tengku Nizam said...

kursus ni niosh buat ekk?
sy pun da ade kat safety . hehe

Buta+Pekak+Bisu=CINTA