Assalamualaikum.
Nadh baru sudah menyelesaikan solat maghrib. Alhamdulillah. malam ni selesai dah solat maghrib Nadh. sedang Nadh selesai ambil wuduk tadi, ALLAH ilhamkan sesuatu kepada Nadh. iaitu tentang "Kau Ambil Satu, Kau Ganti Beribu".
Ada sesiapa ada idea apa yang Nadh nak kongsikan malam ni? mesti tak ada kan. Tak apalah, Nadh nak cakap pasal Cinta lagi hari ni. (mesti yang membaca akan cakap, adui la.. cinta lagi, Nadh ni takdak topik lain ka nak cakap. ) ehehe.. mintak maaf ya, cuma nak memotivasikan insan-insan baru putus cinta tu. Sebenarnya petang tadi Nadh ada bercakap dengan seseorang, dia baru sahaja putus cinta, tapi alhamdulilah katanya ALLAH berikan dia seseorang yang lebih baik dan juga seorang sahabat.
Baik, Nadh mulakan dengan tekanan dek kerana putus cinta, rata-rata yang tacing habis-habisan akan menangis mengenangkan, kenapa kita tak bersama, putus ditengah jalan setelah janji-janji ditaburkan, ucapan cinta diucapkan, segala macam pujuk rayu diluahkan, dan ada juga yang amek jalan mudah, membunuh diri dek kerana kecewa setelah dihampakan oleh Cinta.Tapi tak ramai yang sedar, sebenarnya ALLAH sedang mentarbiahkan jiwa kita dengan ujian putus cinta yang kita sifatkan sebagai amat dahsyat ni. Nadh ambil contoh dari seorang yang keterlaluan mencinta la, terlalu sayang katanya, sampai sanggup meluahkan, "kamu terlalu penting buatku, hingga sekiranya kamu tiada bersama, aku rasa lemah tak berdaya, kaku kerana tiada bersama.. " tup.. tup.. putus, mula la kacau bilau, terkesima, kecewa, hari-hari nangis, merayu-rayu mintak nak kembali bersama kan, tapi setelah ditolak jugak berkali-kali, pulang dengan kehampaan, tercari-cari sinar baru dalam kehidupan.
Mari bersama renungkan ini. :
“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan; ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan-Nya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah: 156-157)
Ini yang Nadh maksudkan dengan "Ambil Satu, Ganti Beribu". ALLAH ambil satu dan diganti dengan beribu ganjaran buat kita, kerana SABAR menghadapi dugaan ni. Dan tindakan kita, memperbanyakkan amal untuk mendapat ketenangan tu, seperti berdoa, mendekatkan diri dengan sejadah dengan bersolat, dan berzikir, dan membaca Al-Quran itu yang sedang melatih diri untuk untuk Ribuan yang akan datang dikemudiannya. Diri yang telah terbiasa dengan Amal, akan terlatih dan terbiasa untuk Amal, bukankah ini sesuatu yang lebih baik?
ALLAH Maha Adil, tiada yang diambil tanpa sebarang sebab dan yang terhebat adalah HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN. Macam sahabat Nadh diatas tadi, diambil satu CINTA, digantikan dengan banyak sekali kesayangan. Begitulah hidup, kita tak dapat apa yang kita mahu, tapi kita akan dapat apa yang kita perlukan. Ingatlah bahawa, Sesudah Kesulitan itu, Ada Kemudahan. Wallahualam.
9 comments:
Nadh,macamana pulak tuan punya badan kata dia redha dan pasrah,buat at the sametime she's blaming others..accusing others jadi perampas..sebab saya tengah terkena ni(dituduh oleh sumone)..paneh hati gak ni..sabo saboooo
alhamdulillah..perkongsian yang bermanfaat...terima kasih nadh~ :)
sukaaaaa
betol tu
ikutkan rasa binasa
sangat setuju dengan sis... selalunya kita takkan perasan kebahagiaan berganda yang kita terima sbb asik teringat kesedihan yang satu.. salam perkenalan.. thanks datang blog saya.. :) follow u..
hellu~ dan salam sejahtera..
takpa, teruskan lagi buat artikel begini..saya pasti jadi orang paling rajin baca..
terasa juga nak hilangkan kesedihan di hati ini..
terima kasih atas entri ni..sangat memotivasikan saya =D
adehh abgg....cm tau2 ja eva skg ni..
err tau ka??
humm tq abg nadh..u such a gud motivator...
tq..>,<
Norinaomar :: nt esok Nadh akan ulas tentang ni InsyALLAH.. :)
Sunah :: alhamdulillah. ALLAH beri ilham pada Nadh . syukurlah kalau Sunah rasa ianya bermanfaat.
Miss Ran :: betul ya? alhamdulillah.. sama2 kita muhasabah ye. ;)
Mirza :: ya betul tu. tak perasan tu mungkin perkataan sesuai, yang tu kita kena belajar melepaskan. ada satu entry tentang berani melangkah. dipersilakan baca jika sudi.
deDetz :: alhamdulillah jika dedetz termotivasi dengan kata2 Nadh.. syukurlah. berguna juga hasil perkongsian dari Nadh kiranya.. terima kasih sebab sudi baca..
Eva :: sama2 Eva. amek pengajaran ye. jgn baca saja.. abg doakan kamu beroleh ketenangan. ;)
setuju... Dia ambik satu, tapi Dia ganti beribu.. tue buktinye Dia sayang kite..
time kasih nadh...akk slh sorg yg msh ade sisa² kngn yg pyh tuk akk lupekan..mmg agk payah tp msh mencube...maceh memberi kata² yg bermakna ini..wat akk lbih kuat tuk cube melupakan org yg akk sygi itu....huhu!
Post a Comment