Followers

Friday, 22 April 2011

Setiap Yang Ada Mempunyai Kelebihan Masing-masing

Assalamualaikum.
Selamat Hari Jumaat buat semua.
Hari ni Nadh nak kongsikan mengenai TIGA golongan manusia beserta Anak didalam muka bumi ni yang punya ciri-ciri berbeza dan ALLAH bagi kelebihan buat mereka untuk beriman.

1. Golongan pertama, GOLONGAN KAYA RAYA tapi TIADA ANAK
Golongan ni mempunyai kelebihan dari segi kewangan, tapi dia tiada anak, golongan ni ALLAH beri wang, tapi di ambil nikmat mempnyai anak tu. Kelebihan golongn ni, infakkan harta sebanyak mungkin ke jalan ALLAH, agar kelak pabila ditanya, harta itu digunakan ke jalan yang baik, dan insyALLAH, akan mendapat balasan baik dari ALLAH. 

Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” (Surah al-Anfal, ayat 28)

2. Golongan kedua, GOLONGAN BIASA yang PUNYA ANAK.
Golongan ini dikatakan bertuah, walaupun tidak KAYA, tapi Alhamdulillah, diberikan ANAK, dan ini harta yang terlebih berguna di masa depan, sekiranya dididik dan di ajar sebaik mungkin dan ANAK hasil benih itu menjadi ANAK SOLEH DAN SOLEHAH.

Sabda Rasulullah SAW :
Apabila mati anak Adam, maka putuslah segalaamalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah (sedekah berkekalan), ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yang soleh yang mendoakan.”

3. Golongan terakhir, GOLONGAN BIASA yang TIDAK PUNYAI ANAK
Golongan ini mungkin berasa mereka kurang kerana tiada anak, jugak tidak mempunyai kekayaan, tapi mereka jugak tidak semestinya tiada kelebihan, ALLAH tak pernah berlaku tidak adil kepada hambanya. boleh kita lihat dari ayat di bawah ,

"Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )

Kesimpulan yang boleh Nadh buat adalah :
Anak itu mempunyai role yang besar dalam kehidupan berumahtangga, yang bertidak sebagai penyambung zuriat dan keturunan manusia, tapi punya jugak percent yang besar kepada sesiapa yang tidak menjaga nya sebaik mungkin yang dapat memelihara dan mendidik dengan pelajaran Agama yang mantap didalam jiwa anak,

Harta kekayaan juga, walau adalah satu ujian besar buat manusia, tapi sekiranya diambil kelebihan itu untuk di manfaat ke jalan ALLAH, adalah satu yang hebat juga, harta yang diinfakkan ke jalan ALLAH, sedekah jariah, wakaf dan seumpamanya bakal mendatangkan manfaat yang besar kepada kita sekiranya dilakukan dengan seikhlas mungkin untuk mendapat keredhaan ALLAH.

Namun begitu, bukanlah menidakkan kelebihan setiap yang ada didunia ini, ALLAH tak takdirkan sesuatu tanpa memberi manfaat kepada hambanya, kekurangan itu bisa menjadi kelebihan sekiranya manusia sedar dan redha dengan ketentuan yang diberikan kepada mereka.  

Dan sepenuhnya urusanku ini, kuserah pasrahkan bulat-bulat kepada Allah, sebab Ia Maha memperhatikan semua urusan hamba-Nya.” (Surah al-Mukmin, ayat 44)


Wallahualam

3 comments:

perrydaus90 said...

pengisian yang cukup bagus di pagi jumaat yang indah ni...

Farhana Jafri said...

great info nadh! xprnah lg jmpe golongan biasa xd anak.. tp mmng bonus spe yg ada anak cs dorang boleh sedekahkan ibadah dorang dkat kite bile kite dh mati nnti :)

jemput singgah ANASAURUS :)

fRaMe+LenSeS said...

Daus :: hopefully dapat beri peringatan aa.. ;)

Farhana :: moga2 kita jadi anak soleh dan solehah untuk Mama n Ayah kita kan. ;D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA