Followers

Wednesday, 13 April 2011

BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH

Assalamualaikum..
akhirnya,.. Segmen pertama tentang ayah..
semenjak dok dalam dunia blog ni. Asik pasai Ibu ja..
Ni yang pertama dari Enchik Ben .
Dengan senang hatinya Nadh nak join.


Meh nak bercerita tentang Ayah.

Ayah saya nama Azlan Bin Hashim. lahir pada 12.12.1958. lawa kan tarikh hari lahir dia. saya suka tarikh ni. tarikh yang cun melecun yang rasanya kalau la satu hari nanti ada anak, nak tahan la. bagi lahir tarikh ni. nanti senang dia nak rapat dengan atok dia. Ayah sorang yang tak reti duduk diam dan senantiasa ada ja menda yang dia nak buat. 

Ayah saya punya sense of humour yang baik. ada ja menda dia nak melawak tu. lepas tu suka sakat orang. tapi Ayah adalah kesayangan pada anak-anak ngasuh Mama, tak caya tengok Aqil, nak p rumah nak buat apa? "nak Ayah". tanya Yaya, "Yaya nak Ayah.. Ayah cuap Yaya makan". pastu "Arisya nak p umah Mama nak buat apa? Nak tengok Ayah.. "

Saya sangat sayangkan Ayah. waktu taip ni saya dah call mama tadi suruh mama kirim salam kat Ayah. tiap kali call tak pernah lupa tanya sal Ayah, tapi nak sembang ng Ayah tak reti. walau apa pun, saya tau Ayah sangat sayangkan anak-anak dia. Moto pertama saya yang hilang tu, Ayah la yang pilihkan, tapi anak dia ni tak mau, pasal moto tu tak laju. tapi save minyak tahap gaban. pastu, Ayah tak benarkan anak dia sentuh moto, kereta sebelum ada lesen, lagi Ayah tak bagi langsung main bola sepak, memang ta dapat la duit belanja untuk but kalau nak dibandingkan dengan badminton, hari ni mintak sok pagi dapat duit.

Ayah adalah idola saya. saya nak jadi macam Ayah. Ayah tak tidur malam bila tengok anak-anak dia. Ayah tak pernah benti bebel bila dia tahu anak dia kena kacau dengan orang. Saya Sayang Ayah. tadak orang leh gantikan tempat Ayah. Saya akan gembirakan ayah. apa sahaja untuk Ayah. Dan saya akan jadi anak paling baik dalam dunia untuk Ayah n Mama, Anak soleh yang mendoakan kebahagiaan depa, dulu, kini dan sampai bila-bila...

Apakah cara terbaik mendidik anak kita di zaman yang penuh mencabar ini ? 

tiada yang lebih baik lagi dari mendidik dan melengkapkan anak dengan ilmu agama yang mencukupi. Dunia terlalu mencabar. Terlalu banyak unsur-unsur songsang dalam masyarakat sekarang. dengan melengkapkan ilmu agama dalam jiwa anak-anak, dan mendekati mereka. insyALLAH akan dapat membentuk anak terbaik dan menjadi contoh kepada masyarakat. Saya ambil diri sebagai contoh terbaik. Ayah semasa kami kecil, dia rapat dengan anak-anak dia. Mana anak dia yang dia tak pernah bawa p menjala kat laut tu? semua ikut dia. semua dah rasa susah. tu cara Ayah mendidik.

15 comments:

Along Usop said...

anak ayah.. =)

kiera'sakura said...

tahniah kerana anda dh jd anak yg terbaek... saya sayang papa saya... =)

mas saari said...

salam singgah!
begitulah kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah..mmg tiada tandingnya!

cik najihah said...

tibe2 jadi sebak bace ni :)

aLeesYa's Mummy said...

Ayah adalah segalanya..Hargai n jagalah hatinya sementara berpeluang...

nick_riena said...

pengorbanan abah tiada tandingannya...

Lulu caldina said...

segmen ni bagus, tapi sebak nak buat... sayang papa lulu...semoga ibu bapa kita sentiasa dirahmati...

fRaMe+LenSeS said...

Along Usop :: hihi.. nadh anak ayah.. yesh2.. hehe

Kiera :: kamu juga anak papa y baik la.. ;)

Mas :: wslm. betul tu kamu.. kenang depa.. jasa depa.. jadi hat terbaik.. ;)

Cik Najihah :: sebak jugak. sebab datang dari hati.. ;)

Aleesya Mummy :: betul tu kak.. segalanya.. nadh akan pstikan Ayah dapat hat terbaik saja.. ;)insyALLAH.. moga dimakbulkan..

Nick :: benar. tade tandingan.. :)

Cik Lulu :: napa tak wat.. nadh doakan papa lulu jugak tau.. ;)

najwa shariff said...

sedih.:')
ayah kita kalau hidup dia susah,sehabis mungkin dia cuba untuk tak bagi anak2 dia rasa benda yang sama.:)

fRaMe+LenSeS said...

Najwa :: yup. true.. ayah tak makan takpa.. tapi dia takkan biar anak bini dia tak makan. tu Ayah.. ;)

cahaya said...

nak komen gak abg nadh!!
but tgah sebak lgi niee..
waaa..ingat ayah..

faraa halim said...

datang singgah sini, :))

MamaIeta said...

Moga kita bahagia sepanjang bersamanya. Kenanglah ia jika sudah tiada. Jangan disisihkan dia jika sudah berusia. Moga tidak menyesal jika tiadanya di dunia.

fRaMe+LenSeS said...

Cahaya :: sabar ya..

Faraa :: sila la singgah.. ;)

MamaIeta :: maceh atas ingatan tu. akan nadh sematkan dalam ati.. ;)

anaMuslimah said...

salam ziarah dari ana\muslimah...syukran sudi singgah dan komen...hargailah ibu bapa kita selagi ada...kasih mereka tiada tandingan...kirim salam kat ayah ya..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA