Followers

Tuesday, 19 July 2011

Adakah Nadh salah?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Sebelum Nadh tidur, Nadh nak kongsi pengalaman Nadh. Tentang kegagalan yang ketiga Nadh rasa ni. Umm.. Nadh tatau nak kata macam mana, cuma mungkin sedikit rasa bersalah pun ada juga kot pada boss Nadh, juga mungkin sedikit syukur kerana tidak berlaku. Entah lah, keliru sebenarnya.

Nadh sempat tazkirah engineer Nadh tadi. Kenapa kita nak senang? Kita nak kaya. Kita nak itu dan nak ini. Sedangkan kita masih lagi berada dalam kelompok manusia yang lalai. Kita berdoa pada ALLAH. Minta pada dia. Nadh cakap, Nadh dah berhenti sebab Nadh takut kita akan lagi lalai bila diberikan kesenangan. Dengan ujian ini pun masih slumber lagi. Dengan kejayaan, kesenangan? Agak-agak kita akan ingat dia tak? TIDAK!! 

Dia gtau, dia takut jika satu hari nanti, kita naik dan kita jatuh teruk-teruk. Nadh kongsikan dengan dia menda ni : "jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Surah Muhammad : 7)

Moral of the story Nadh kata, selagi mana kita menjaga agama ALLAH, kejayaan itu kita tukarkan dengan mengingatinya, kita gunakan duit untuk jalannya, kita sedekahkan, kita bagi zakat, kita tolong orang, ALLAH akan tolong kita. Seperti juga ayat tadi kata Nadh. 
Ada satu kisah, satu company tu tak besar sangat, tapi dia berjaya kekal lama seperti company besar. Rahsia dia, mengingati ALLAH, menjaga solat, lepas tu ada duit lebih, hantarkan staff-staff menunaikan umrah. tu satu contoh ja, ALLAH menjaga depa, sebab depa menjaga hubungan dengan dia. 

Nadh tanya, nak ka. kita diberikan kesenangan sedangkan kesenangan itu adalah istidraj, sesuatu yang diberikan hanya untuk menyesatkan kita lagi? sampai satu masa, dia tarik on the spot, masa tu jatuh berguling-guling ke lantai. Ini masih beruntung lagi, sebab DIA tarik untuk menguji, sama ada kita akan kembali ke tidak kepada DIA. Jika Ya baguslah, jika tidak camna? 

Akhir kata Nadh kepada engineer Nadh,
" Aku lebih rela kita hidup susah macam sekarang dari hidup senang dan lalai dari mengingatinya.. "

Note : Cerita sebenarnya adalah, Boss Nadh dok cari funder baru. Dah 3x yang paling positive gagal. Nadh tatau nak kata, adakah Nadh perlu disalahkan sebab Nadh tak sama memohon meminta. Nadh sangat takut.. takut dengan ujian kesenangan pada kami.. T.T sebab tu Nadh hentikan meminta. Nadh tanak sahabat-sahabat Nadh dan Nadh juga makin leka. 

Ya ALLAH, kembalikanlah hati kami kepada hati yang mengingatiMU ya ALLAH, Tiupkan lah roh-roh keinsafan dan nur kedalam hati kami, agar kami tergolong dalam kalangan para solehinMU. Amin Yarabbal Alamin.

5 comments:

Iffah Afeefah said...

itu ujian berat tu nadh

bila sng lupa

lg payah nk kawal dri

aimie amalina said...

=) jangan la ase bersalah kalo kite buat demi Dia, sebab Dia maha mengetahui..mengetahui hakikat dihati kita adala kerana Dia. InsyaAllah~ Dia x penah lupa kan kita..kita selalu lupakan Dia, moge dpermudhkna segala urusan ye nadh, chayok3!

Cik Jari Tembam said...

Memang telah dikatakan kekayaan itu bukan kesenangan tetapi dugaan, tetapi Nadh tidak salah berdoa untuk meminta lebih ^_^

aizamia3 said...

moga dengan kesenangan yang ada tidak menimbulkan riak seterusnya lupa diri..

bukanlah nak susah selamanya cuma beringat sebelum jatuh terduduk..

kiera'sakura said...

amin2 ya rabbal alamin

Buta+Pekak+Bisu=CINTA