Followers

Wednesday, 13 July 2011

Kisah Nadh dengan Semut Yang Sombong

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Semalam kita belajar sejarah, pagi tadi tengok Kucen n Yaya. Tengah hari ni Nadh nak cita tentang
" Kisah Nadh dengan Semut Yang Sombong " pula la.

Ini tempat kejadian. 


Alkisahnya berlaku pada hari Jumaat lepas. Waktu Nadh dekat site. Waktu tu kan, tengah buat test call. Sambil Engineer Nadh wat test call tu, Nadh dok asyik memerhati tempat kejadian atas ni. Lepas tu, dah tak ada kerja kan, Nadh ambillah cebisan daun kelapa sawit dan Nadh cucuk masuk dalam lubang tu.

Lepas tu, Nadh tengok, adalah seekor Semut, sedang menarik satu benda warna hijau macam daun (Dipercayai makanan dia) untuk masuk ke dalam lubang tempat kejadian ni. Nadh tengok dia susah, sebab lubang dah jadi sempit kan, sampaikan dia kena tinggalkan makanan dia tu kat luar lubang. 

Maka dengan itu, Nadh pun tarik keluar daun yang Nadh cucuk masuk dalam lubang tu, lepas tu Nadh tolakkan makanan dia tu untuk masuk dalam lubang tu. Tau apa jadi? Si Semut  keluarkan balik makanan yang Nadh masukkan tu. Nadh wat lagi. Semut keluarkan lagi. seIngat Nadh ada la dalam 3 kali dia keluarkan balik.

Last Nadh tengok dia dah keluarkan balik, Nadh pun tak kacau dia dah. Tapi Nadh cuba jugak nak dapatkan gambar si Semut sombong buat tatapan readers, tapi sayangnya si dia tak duduk diam, lari merata, tak berhenti pun. Lepas tu nyorok dalam lubang. Apa lagi, Nadh bebel la dekat dia.

"Semut ohh semut, hang ni langsung tak macam manusia la, ang tau dak, kalau orang la, aku tunjuk kamera ja, langsung depa posing tak hengat, ang tak tau ka, aku nak ambil gambaQ ang ni nak masukkan dalam belog aku, ang tak mau ka pemes? Hairan aihh dengan ang, manusia la ni, pakat dok kejar pemes, ang tak heran pun aku nak amek gambaQ.. "


Moral of the story :: Nadh bukan sengaja buat cerita kosong, tapi Nadh nak sampaikan, yang kita jangan terlalu mengejar "NAMA". Sebab atas NAMA itu punya tanggungjawap yang besar dan dari sana akan bertambah-tambah dosa sekiranya kita tidak manfaat sebaiknya, dari sana juga akan disoalkan kepada kita apa yang kita buat dengan nya, adakah kita ikhlas menerima tanggungjawap, atau kita sekadar memanfaatkan untuk kepentingan diri? Tiap satu yang diberi akan disoal, disoal dan disoal, baik dari kita, baiklah jawapnya, buruk jawapnya, binasalah diri. Wallahualam..

11 comments:

H.J said...

makin besar nama / jawatan..makin besar jugak tanggungjawab..macam hipotesis plak..haha

Anum said...

good info

kiera'sakura said...

nice.... trus tringat cite semut ngn nabi sulaiman... :D

semut tue reply tak bebelan awk tue? hihihihih :p

Iffah Afeefah said...

ermmmm bile bace tk dpt moral y tu

dpt yang lain


semut y sombong bila org bg rezeki...

rezeki dah bg pun sia2kan

Qaseh dalia adelia said...

nadh ni ..semut tutup sebab takut hujan lah haha ..

yup kerana nama , kita kena jaga hati byk pihak ..

risa said...

eh..suke lah entry neh...semut tu bukan sombong...dia jenis tak berputus asalah kan kan kan
sukeeeeeeeeeeeeee

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

sebab NAMA juga la manusia sanggup buat apa saja sehingga ketepikan nilai-nilai moral

zuwaidah said...

so sweet entry nih

FasiHaH SupiaN said...

memula tadi, ingatkan adaptasi e-book harun yahya..rupanya cerita nadh..hehe apapun, nice, good job, betul.....jgn nak kejar pangkat darjat semua tu,xley bawak masuk kubur pun..

cik idora said...

hehe.. cian dye.. semut 2 sombng sgt ye.. maybe dy xnk mkanan 2 sbb dy nk brusaha sndri kot.. kn3??

bersama kak Es said...

kesian semut tuuuu..
ntah2 dia nak betulkan dulu rumah dia tu cari space.. tgh2 dia kemas, nadh tolak..dia tolak la balik. masa tu mgkin meja makan dia dah tersorong ke belakang sebab tu la dia tolak keluar semula. Mesti semut tu kata .. ishhh! nak kena gigit la apek ni hahaha

~ akak setuju ! buat apa pun jangan disebabkan nama. Sebab apa pun yang kita buat semuanya akan disoal kelak. Tanggungjwab yang dipikul bukan untuk dimegah bahkan akan ditanya kelak...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA