Followers

Tuesday, 26 July 2011

Kisah Perjuangan Laksamana, Panglima dan Pejuang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Kita ada seorang General, di depan General tu ada Panglima, di hadapan Panglima tu ada Laksamana dan bawah sekali Pejuang."

Takkanlah si Panglima nak lepaskan Pejuang berjuang sendiri tanpa perancangan dari dia?
Takkanlah Si Laksamana nak izinkan si Pejuang berjuang sendirian tanpa sokongan dari dia?
Sedangkan semuanya saling memerlukan.

Si Laksamana yang berada di hadapan itu sedang terluka sekarang, Panglima datang nak gantikan tempat dia, dan jadi yang terkedepan mempertahankan, Laksamana di rawat di belakang, tapi Pejuang tak ingin bersama. Pejuang menidakkan kedudukan Panglima yang ingin mengantikan Laksamana. Di lawannya si Panglima.

Tindakan Pejuang ibaratkan sedang menyucuk Panglima dengan senjatanya. Sedangkan yang sedang dilawan adalah musuh. Begitu diibaratkan perjuangan yang terjadi ketika sedang diasak hebat di medan perjuangan.

Sepadannya, Pejuang menjadi salah satu benteng buat masa ini, selagi mana si Laksamana rebah, selagi itu dia kuat bertahan, hinggalah Laksamana kembali sihat untuk kembali menjadi barisan hadapan yang sama-sama menentang musuh.

Semua saling berkaitan, bersama menentang, bersama menang dan jika kalah, kalah bermaruah, berjuang sehingga titisan terakhir, kau mati, aku mati, kau menang, aku menang.

Hebatnya berperang bila si Pejuang menikam musuh di kanan, tiba pula Laksamana menyucuk di kiri, mengibaratkan kekuatan dan kehebatan kesefahaman dalam perjuangan satu Batalion. Serangan pedang Pejuang melumpuhkan, ditambah si Laksamana, menumbangkan si musuh. 

Nadh baru pulang dari diskusi panjang dengan sorang sahabat dekat Shah Alam sebentar tadi. Nadh n abg Pion pergi sana selepas selesai hantar barang kat Jijoi tadi. Perbincangan kami seperti biasa berkaitan dengan kerja dan tanggungjawap seorang Manager yang tidak diketahui malah tidak disedari oleh Seorang Engineer.

Nadh n Abg Pion terangkan, yang apa jadi kita mesti nak kena bersama-sama. Perjuangan ini bukan perjuangan sendiri, tapi perjuangan adik beradik. Yang kiri dicubit, yang kanan berasa pedih juga. Begitulah rapatnya satu menikam, satu menyucuk, yang akhir merobek. Satu rebah yang lain masih gagah, satu benteng, dengan pertahanan yang kuat, bukan mudah dijatuhkan, tapi sekiranya pertahanan hebat tapi dibuka laluan kepada musuh bisa dijatuhkan bila-bila masa sahaja.

1 comment:

Iffah Afeefah said...

kte bukan sorang

kite ramai2


sme2 bjuang

Buta+Pekak+Bisu=CINTA