Followers

Monday, 11 July 2011

Gurau Menyentuh Jiwa.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Entry dipanjangkan dari Jiran Nadh ni kat SINI.

Jiran Nadh ada sebut mengenai Lelaki tak boleh kawan perempuan tadi. Katanya lelaki dan perempuan tak boleh berkawan sebab mungkin satu hari nanti akan punya perasaan didalam hati, walau secebis tu mungkin akan muncul juga.

Nadh nak sokong - Mungkin betul juga, sebab Lelaki kan? dan Perempuan juga. Nak tertarik pada kaum apa lagi kan? mesti la kepada lawannya, Lelaki kepada Perempuan dan Perempuan kepada Lelaki kan? Bila dah selesa, memahami, ambil berat dan lain-lain, kemungkinan wujud perasaan itu akan ada. Kalau tak orang takkan kata, "mula-mula kawan, lama-lama chenta..". Kan?

Nadh menidakkan - Tidak semestinya. Nadh ada ja kawan-kawan perempuan yang rapat dengan Nadh. Contoh blogger NI. Dia ni dari zaman Nadh sekolah rendah lagi weyh, rapat sampai sekarang. Okeh aja.. tak ada perasaan apa-apa. Best Pren tau !!

Tapi kan, kalau dok lawak-lawak dok menyentuh jiwa ni, jiwa mana tak kacau kan? Tambah plak bila si dia tu ada ciri-ciri idaman. Dok berkias-kias, kita meneka-neka dalam hati, betul ka dia ni? adakah tu tandanya si dia punya perasaan pada kita? 

Kerana mulut badan binasa. Sebab tu kena berhati-hati bila bercakap. Tak suka jangan wat macam suka, jangan berhint-hint, taknak nanti si dia menanti, meneka-neka. Dah pernah ada dalam situasi sama. Mulut manis sangat kan? Melawak boleh, tapi jangan OVER, sebab soal hati dan perasaan bukan macam jawap exam PMR tingkatan 3. Soalan ada A,B, C dan D.

Sebab tu kena berhati-hati kan? Tak mahu jadi macam dalam lagu "Dalam diam ku mencintaimu"

7 comments:

Iffah Afeefah said...

erm nadh terharu rasa nak ngis skng=(

aimie amalina said...

=)

linda a.k.a ibusumaiyah said...

:)....menyentuh perasaan tul....hehe...

cinta itu akan datang sendiri...tapi jgn la tungguuu jer cinta tu datang....:)

Ajal maut jodoh pertemuan ...urusan Allah...kita berusaha ja..;)

kiera'sakura said...

sbb 2 ira bila kawan ngn laki jadi agak kasar.. tkt yg kawan tue jatuh hati.. dah pernah ade dlm situasi tue jadi ambik pengajaran dri ape yg pernah jadi... =)

Sunah Sakura said...

hurmmm..betul2! setuju....

Подтверждаю said...

as salam..
hehe..yeah! pendapat kita sama ;)
pakcik pun tak mengharapkan cinta dari sesiapa mahupun memberikan cinta.

elok lagi perbaiki diri dari sanggup menagih cinta sesama manusia. makna kata, lakukan sesuatu, mengikut apa yang termampu.

macam pakcik, jika diberi pilihan samaada cinta dan perbaiki diri, pakcik akan pilih perbaiki diri. tak perlu tercari2 cinta kalau diri sendiri pun terumbang ambing kan..

haih..dugaan sebelum kawen pun banyak..dah kawen, lagi banyak.

hehe..itu macam kalau tak mampu, sampai hujung nyawa la jadi lagu tu

=)

cik AngguR said...

hehe besa la....kawan tak salah kalo kena gaya nya...aku tgh serabut ni da salah seorg sahabat kita tgh dok kenen kn aku ngan kawan kita yg sorang lagi kata nya kami sepdan sgt2 jaranggado kalo gado cepat baek & sejok..aduhh pe barang la ~...ahakz by de way thaks roy sbb sudi jadik KAWAN TERBAEK aku !!!

Buta+Pekak+Bisu=CINTA