Followers

Wednesday, 13 July 2011

Produk Awet Muda Sepanjang Zaman

Assalamualaikum. Dan Salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Tadi Nadh tengok TV, mcam biasa la, pukul 8:30 baru nak jenguk TV sebab mai time tu sahaja baru mula "BERITA". Sebelum tu isi merepek-merepek aja. Malas nak tengok Nadh pun tunggu jam deka-dekat 8:30. Jap ja berita, dah ada iklan, Nadh tengok kan, banyak betul la iklan sekarang ni tentang "Awet Muda". Kosmetik itu lah, make-up inilah, macam-macam brand ada. Semua demi mendapatkan "Awet Muda" yang dibanggakan sangat kita kaum manusia ni. 

Dalam melihat tu, Nadh dapat ilham, "Awet Muda" kan? Meh Nadh nak kongsi pasal "Awet Muda" dengan readers belog kudus pulus Nadh ni.

Baiklah, mengenai "Awet Muda". Semua nak kelihatan muda, nak nampak cantik, nak halang penuaan kulit. Oleh itu, banyaklah keluar produk kesihatan untuk tujuan itu. Paling masyuk Nadh tengok adalah jenama Olay yang menghalang 7 tanda penuaan kulit. Tapi tak tahulah kan, Nadh lelaki, apa Nadh tau sal produk kesihatan muka ni.

Tapi kan, kita tak pula sedar yang sebenarnya, "Awet Muda" yang kita kena kejar-kejar tu adalah "Awet Muda" pada Hati dan Iman kita ni.

Kalau "Awet Muda" kulit kena jaga makanan, kena pakai produk kesihatan yang mahal-mahal, "Awet Muda" pada Hati dan Iman tak perlu pun produk mahal-mahal. Sebab? Meh Nadh nak cita. 

"Awet Muda" pada Hati dan Iman : 

Produk murah ja, Air Wuduk.

- Tiap kali kita solat, kita akan berwuduk, dan dengan wuduk, kita membersihkan diri kita, muka kita tangan kita dari kekotoran bila kita bilas ia dengan air. Kulit muka dibilas = tiada kotoran = bersih.

- Bukan itu sahaja, produk hebat ini, pun dah di-set masanya iaitu sebanyak 5 kali sehari. Dah confirm kita akan kena buat setiap hari 5 kali.  5 kali sehari + tidak tinggal = Muka bersih sentiasa.

- Selain itu, produk hebat ini merupakan requirement untuk solat yang mana bila bersolat, kita akan membuat pergerakan pada badan yang juga merupakan satu senaman pada badan kita. Senaman = sihat. 

- Lagi satu, bila bersolat kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH, dan ALLAH juga dah menjanjikan kepada kita, bahawasanya jika kita menjaga hubungan kita dengan dia, maka akan dijaga juga kita di muka bumi ini.
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan memberikan baginya jalan ke luar (bagi semua urusannya). Dan memberinya reezki dari arah yang tidada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (segala keperluan)nya.” (QS. ath-Thalaaq: 2-3). Bila ALLAH dah jaga = Seronok + Bahagia selalu.

- Lagi, bila kita berwuduk ALLAH dah janji dengan kita yang, 
"Barang siapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya" (HR : Muslim)
Dosa kurang = ALLAH tambah sayang = Makin gembira 

- Akhir sekali, Rasulullah ada menambah lagi yang, 
Dari Abu Hurairah r.a, katanya: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat, dalam keadaan indah berseri serta bercahaya-cahaya mukanya dan anggotanya yang lain dari kesan wuduknya (yang sempurna)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Wuduk Sempurna = Bercahaya di Akhirat = Hebat  
 
 



Note :: Tengok, kan Nadh dah kata, HEBAT PRODUK ALLAH ni kan? Kita ja yang tak buat. Rugi nyaa la.. Jadi pada siapa yang nak nampak muda, kelihatan muda, moh le kita reramai hebatkan diri kita, Paling masyuk kalau sentiasa dalam wuduk, MasyaALLAH, hebat tu weyh...

12 comments:

forever love said...

betul tue nadh. hehe

cik idora said...

alhamdulilah =)

Iffah Afeefah said...

ermmm wuduk

hebat kan

FasiHaH SupiaN said...

So true Nadh! :)

Sunah Sakura said...

sentiasa berwudhuk buat air muka nampak tenang dan menyejukkan...

H.J said...

wudhuk memang berkesan..haha..perfect produk

Cik Asma BLuppy said...

betul tu.. xpyah pkai yg mhal2...

kiera'sakura said...

peribadi dan hati yang hebat akan terpancar diraut wajah..

aizamia3 said...

produk yang paling berkesan.. ;)

Qaseh dalia adelia said...

wuduk dan solat .. jgn wuduk sesaje je tau hehe

zuwaidah said...

ya betul korang. good info, suka entry ni

udin said...

thanks bro atas perkongsian ni.. hehehe.. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA