Followers

Wednesday, 13 July 2011

Cinta : Jangan Janjikan Planet dan Cakerawala

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera diucapkan pada yang membaca.

Nadh nak cakap sal cinta lagi. Hari ni direct to the point. Nadh nak tegur kita yang brcinta ni, agar jangan lebih-lebih selagi belum tiba masa dan ketikanya kita bersama dengan dia sebagai Suami dan Isteri yang sah.

Jangan memberi harapan super duper, menjanjikan Planet dan Cakerawala kepada si dia.Sebab tahu tak kita, perlakuan kita mungkin menyumbang kepada susahnya si dia di masa depan. 

Nadh pernah jumpa satu situasi, yang si lelaki dan perempuan tu jumpa dan bercinta. tapi kisah ni sadis sikit la, depa bersama, dan last putus. Salah lelaki tu sebenarnya, tapi dia pn ada sebab dan musabab dia sendiri. Kisah ni akhirnya menyumbang kepada perempuan tu marah dekat dia teruk-teruk, sampai satu masa, walaupun kata-kata seakan sudah memaafkan, tapi sebenarnya si perempuan masih belum dapat menerima apa yang laki tu pernah buat pada dia dan perhubungan depa. Sampai sekarang weh, dah bertahun-tahun. Perkara tu masih dalam fikiran dia. Terkadang keluar juga kata menyebut tentang hal yang pernah berlalu tu.


Moral of the story, berhati-hati dalam tiap perbuatan.Kita tak tahu kan? Yang si dia mungkin adalah untuk kita tau tidak sebab semuanya merupakan ketentuan ALLAH, oleh itu, elakkan berjanji, elakkan segalanya yang berkaitan dengan hati yang sia-sia kerana kita tidak tahu mungkin satu hari yang terhukum itu adalah kita. Wallahualam.

6 comments:

Iffah Afeefah said...

btol tu jiran

jgn terlalu yakin n percye

mnusia skali disakiti igt smpai mati


ermm ngatkan entry sal sttus td

bersama kak Es said...

sokong...jangan la nak manis mulut janjikan sesuatu yang tak pasti.

yang paliiiinnngg PENTING.
kalau nak zuriat yang baik, jagalah perhubungan kalian dari awal lagi. Insya Allah akan lahirlah zuriat yang SOLEH dan SOLEHAH :)

H.J said...

kawin terus la..sy ambik awak jadi bek dalam segmen gila bola...haha

fRaMe+LenSeS said...

Iffah :: ya betul tu jiran, sekali disakiti, sampai bila-bila ingat.. ;)

Kak Es :: Nadh setuju ng kak sangat2.. zuriat yang baik, kena jaga hubungan dari sekarang.. maceh kak ingatkan Nadh.. amin2. moga kita semua macam tu. ;)

HJ :: hehe.. ya ka ni? maceh2.. hehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

perempuan ni mungkin boleh memaafkan tapi untuk melupakan

perghhh payah kot..lagi2 bila hati dilukai

aizamia3 said...

tak guna kalau setakat berjanji tapi tak tepati.. jangan menanam tebu dipinggir bibir, kelak diri sendiri akan rugi..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA