Followers

Monday, 11 July 2011

Shoppers. Kita yang mana?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Tadi kan Nadh wat entry mengenai berbelanja tadi kan? Dan comment dari seseorang NI, bagi Nadh ilham nak betulkan sesuatu yang rasa Nadh sedikit salah dan tak kena dengan kita sebagai pengguna la.

Tapi sebelum tu, Nadh nak pecahkan pembeli ataupun pengguna ni kepada 3 golongan. Kemudian readers, kalau rajin sila pilih anda berada dalam golongan mana. Amacam? 

Ni dia golongan-golongan itu :
1. Windows Shopping - Golongan ini selalu nya suka cuci mata dulu sebelum pergi membeli. Selalunya awal-awal bulan la perkara ini berlaku sebab mereka nak "ricky" dahulu barang sebelum dapat gaji dan membeli barang yang diidamkan itu. Golongan ini juga, boleh juga pergi ke tempat sama banyak kali hanya demi melihat barang yang diidamkan itu berulang kali.

2. Shopping - Golongan ini, kalau membeli mesti akan ambil masa yang lama. Nama pun shopping kan? Mesti la sungguh-sungguh membeli. Ada jugak yang berjam-jam berjalan masuk kedai punya la banyak hanya untuk membeli satu barang, (mintak maaf cakap ya, selalunya perempuan la kan)

3. Membeli Blah - Ada perasan tak apa Nadh tuliskan tu? kurang "E" dekat perkataan belah tu kan? Sebab apa Nadh cakap macam tu? Sebab ada golongan spesis ni, contoh nya Nadh la, pergi membeli, tak cari teruk-teruk sebab dah set nak apa, lepas tu bayar dan blah. Ada sorang lagi, macik INI pun sama macam Nadh. 


Note :: Tengok? Kan Nadh dah cakap? Betul kan? Salah guna bahasa dalam masyarakat kita ni, sebab istilah membeli belah tu tak boleh digunakan dekat semua, Tak betul ka tu? 

Ha sekarang tunggu apa lagi? Pilih la anda di golongan mana..

4 comments:

kiera'sakura said...

membeli blah.. x suka buang masa... listkan siap2 brang ape nk beli.. xde la smpi super market baru nk terkial2 ingt ape bnde yg dh abis kt umah...

aimie amalina said...

heee...sy menjadi due2 golongan itu =)

.........cP~ said...

saya jenis window.. tapi, bila dah tiba masa- asyik simpan niat nak membeli- memang jadi shopping..
membeli blah, tak pandai lah.

Aku Ibu Muda said...

ahkak termasuk dlm golongan yg keluar masuk byk kedai semata2 nak carik 1 barang je...hihi

Buta+Pekak+Bisu=CINTA