Followers

Saturday, 16 July 2011

My last day

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

"Amboihhh.. seronok la dia makan dengan adik dia.."

"Bukan kak, nak buat baik la dengan akak ni, mana tau ada sorang lagi adik dia tak lepas. leh la ekjas kat saya."  

"Haa.. ada.. ada.. "

Tu sorang, ni sorang lagi.

"sopannya,, adik sapa ni..?"

"Baguih betoi la dapat adik macam ni."
tu suma perbualan Nadh dengan akak-akak kelas Nadh tadi. tu masa Nadh pergi makan dengan 2 orang akak tu kat kantin. Lepas tu, turun la geng-geng akak yang lain mai tengok kami dok makan. Tergelak jugak Nadh dengan kata-kata depa tu. Lepas tu mai join kami sekali. Penuh semeja berenam. Hihih.

Lepas tu naik atas, kumpulan mana entah present, lepas tu baru kumpulan Nadh present. Macam biasa la kan, gamat sekelas bila waktu present ni, ada ja yang depa nak sakat kumpulan kami tadi. Mai time Nadh tak ada plak nak tanya, kat kawan Nadh depa tanya bebanyak. Elok la tu. Selamat.. hihihi 

Nak balik, Nadh tak sempat nak sembang dengan depa, wish ka ucap maaf ka tima kasih sebab suma pakat dah hilang. Nadh p kat lift, tengok-tengok ada lagi kat lift.

"terima kasih la kak, tolong simpan satu tempat kat saya kat lift ni."

"haa.. hang mai ja terus mai lift."

"Muka rezeki ni kak, muka rezeki". Semua pakat gelak.

Dalam lift , 
"Weyh adik, ang ni kena geng dengan akak ni, ampa dua satu group mesti best present, gamat satu kelas.."

"Mana ada kak, saya tak pandai, saya kan pemalu.." (sambil tarik jaket tutup muka). Habis bergelak sakan suma. 

Seronok plak ada dengan akak-akak sekelas tu. Ye la kan, kita kan tak ada akak, ni jumpa ramai sangat akak yang ramah-ramah yang baik-baik. Jadi seronok plak. Dalam pada tu, sedih pun ada jugak, sebab lepas ni tak jumpa dah la Akak-akak Ustazh tu, sebab depa kan kampus lain, Nadh dekat kampus lain. Nadh doakan depa suma akan diberkati dan dilindungi ALLAH dan terima kasih banyak sebab jadi geng yang baik. Bak kata kak orang kedah tu, jumpa-jumpa tegur la ya.

3 comments:

H.J said...

gud luck nadh..hehe

Iffah Afeefah said...

nadh geng akak2 kerrr

ermm bgus gak

merase ade kakak

AMMAR YASIR said...

Nak awek Ustazah sorang....hehehe

Buta+Pekak+Bisu=CINTA