Followers

Monday, 11 July 2011

Susahnya menjadi Nadh.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Sapa ada baca entry sebelum ini dia tau la, last week Nadh keciwa, sebab tak boleh balik kampung disebabkan kena standby, lepas tu Nadh keluar tenangkan fikiran, dan berjimba. Tu jadual hari Sabtu. Hari Ahad pula Nadh hanya keluar untuk buat cermin mata baru. Masa dalam kereta sahabat Nadh cakap Nadh mudah risau bila berbelanja.

Nadh balik dan renungkan sebelum tidur. Dan hasilnya yang dekat bawah ni Nadh jumpa. Susahnya menjadi Nadh.

  • Pakai selagi boleh. Main pakai aja. Contoh spek Nadh pakai ni, dah dekat 2 tahun Nadh pakai. Pernah lebih lama dari itu, dah patah sebelah pun masih lagi pakai. Sampai tahun 2009 Nadh kena paksa, baru Nadh tukar. ni dah 2 tahun berlalu. Baru ja wat semalam.
  • Kasut pun sama juga. Pernah kena tegur dengan Mama. Kasut nak hancur tapak pun pakai lagi. Reason, cerewet, nak beli tak berkenan.
  • T-Shirt - yang buruk kan masih boleh pakai. Main pakai aja, selesa what? 
  • Untuk diri sendiri, Nadh akan setkan, kalau nak beli apa-apa, Nadh akan direct ke bahagian barang itu, ambil terus tak pilih dah, sebab datang memang untuk barang itu, kemudian akan pergi bayar dan balik. Tapi kalau keluar dengan orang, boleh plak Nadh menemankan sampai berjam-jam, masuk satu-satu kedai.
  • Tak reti nak cari yang mahal-mahal sebab rasa tak sanggup nak guna duit untuk itu. Tak apalah nampak selebet, semekin, janji Nadh tak bazir.
  • Memilih kedai, sanggup jauh sikit asalkan kedai tu kedai Melayu atau Islam. Mahal sikit pun tak apa. Macam kedai spek semalam la. 
  • Kalau dah suka tu, memang spesis barang itu sahajalah yang akan jadi pilihan. Contoh pakaian Nadh, tak tukar dah, pakai yang tu sahaja. Tak suka cari brand lain dah. Selesa dah dengan ck.
  • Untuk diri sendiri memang tak reti nak beli yang merepek-merepek. Bukan kedekut cuma nya bila rasa tak perlu memang Nadh tak beli. Tapi bila dah dengan family, nak apa ambillah, Nadh tukang bayar aja. 

Tu serba sedikit. Peel berbelanja Nadh tu. hihi. Mama sorang ja yang pandai layan. Sebab tu sayang Mama sangat-sangat-sangat.. weeee~~

    7 comments:

    Qaseh dalia adelia said...

    kena cr wife yg betul2 memahami eceh

    Farrah yong said...

    Wahhh . ley tumpang sekali ;) bayarkan la hehehhe ;)

    Aku Ibu Muda said...

    kesimpulannya, lelaki pon cerewet gak kan nadh...hihi

    Sunah Sakura said...

    bagusnya...senang la si dia nanti.. kwang kwang kwang~

    Iffah Afeefah said...

    btl tu jiran

    er layak ke panggil jirn ni hehe

    GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

    GK jenis set dalam otak nak beli apa gak..lepas beli blah...

    tapi kadang2 terbabas gak..

    tak suka temankan orang yg shoping lama2...

    kiera'sakura said...

    same la dgn ira, nk beli barang tunggu balik ipoh, kuar ngn mama.. walau nk beli berok nie.. selagi x dpt izin mama, selagi tue x beli.. hatta tshirt selai pown selagi mama xkata, beli lah... selagi tue x beli.. hihihihi

    Buta+Pekak+Bisu=CINTA