Assalamualaikum.
Selamat tengah hari ya semua. dah makan belum ni? ehhe.. cakap macam Nadh dah makan kan? padahal dari semalam dok makin biskut. nak kata diet tu tidak la, tapi Nadh sedang berpantang dek kerana sakit yang tak dapat dielakkan. (kalah orang ngandung kan? hahahaha ) apa pn, terima kasih tak terhingga dekat ALLAH sebab uji Nadh dengan menda lain pula kali ni. ALLAH kasih sebab tu ALLAH uji kan? Nadh redha. sabar la ni.
Tengah hari ni, Nadh ada tajuk baru lagi la. Tentang " Love Is Full Of Surprises " . Duhhh sekali lagi Nadh dengan genre Cinta kan? adakah Nadh sedang bercinta? tetttt~~ tak boleh nak komen banyak. Tapi Nadh suka nak cakap sal Surprises dalam Cinta ni. sebelum bermula Nadh nak cerita pasal makanan.
Katakan la kita, hari ni menu ikan, ikan kembung la katakan, masak asam hari ni, esok pun kita masak asam lagi, lusa pn kita masak asam lagi. Agak-agak la, bosan tak? mesti dah meluat kan? hari-hari masak asam, lepas tu, minggu depan Ikan jugak, tapi kali ni tukar sikit, kita buat masak gulai, pun hari-hari, jugak seminggu makan ikan goreng, mesti da rasa macam ikan kan? ingat-ingat Nadh la, ni kalau baling dalam laut ni, tak mati lemas kot, sebab dah begitu sinonim dengan enchik Ikan ni kan? hehe..
Tetiba la, kita dihidangkan pula dengan Ayam, nak kata dasat tu takdak la sangat kan, goreng ja pun, Apa perasaan kita masa ni? Kalau Nadh la kan, mesti dah rasa seronok sangat, dah la asik ikan ja, tetiba dapat pula ayam, walaupun lauk biasa aja, tapi dah rasa sangat seronok. Sebab berubah jugak selera hari ni, maka dengan itu, bosannya Nadh dengan menu ikan tu akan berubah, konpem la akan lebih dasat melantak Ayam yang dihidangkan tu.
Baik, mari kita relate dengan kehidupan, dalam perhubungan kita dan seseorang, Nadh tak spesifikkan kepada Cinta semata, tapi leh jadi jugak Persahabatan, Kekeluargaan juga. Kita kena la buat macam ni jugak, kekadang tu, kita kena buat sesuatu yang istimewa, dalam kita nak tarik perhatian mereka dan buat mereka gembira. "Surprise" ni pastinya akan buat mereka rasa lebih dihargai, dan hubungan tu akan lebih erat selepas itu. Sayang tu adalah mengenai kita menghargai seseorang kan, jadi kenapa tidak kita buat sesuatu untuk menyedapkan hati mereka, bukankah itu sangat bermakna? :D
Baik sekarang baru Cinta. Kita berpasangan semestinya nak kekal selama nya kan? kata orang hingga ke akhir nafas kan? dan moga membawa ke taman-taman Syurga. Jadi baik sekali jika sesekali kita amalkan "Surprise" dekat pasangan kita, bukan la kata kita nak wat selalu kan, tapi sekali sekala, kena la jugak buat sesuatu, sebagai penghargaan, agar dengan itu, dapat eratkan lagi satu-satu hubungan tu kan? kalau hari-hari statik ja, mau muntah Nadh, ada la jugak unsur-unsur lain nak semarakkan rasa antara pasangan tu, baru lah nanti takkan ada sebab untuk pasangan merasa bosan dengan kita, dan paling penting, TAKKAN ADA KATA-KATA belakang mengenai kita yang tak disukai kan? dan TIADA sebarang sebab untuk berlaku curang di belakang kan? Macam kereta, hari-hari pakai, minyak dalam tank tu akan habis, jadi kena la isi minyak lagi, baru kereta leh pergi lebih jauh.. (ehh macam iklan Shell plak. ) hihihi..
Wallahualam. Sekadar sedikit buah fikiran dari Hamba ALLAH yang lemah lagi naif.

22 comments:
Ngee~ betul2..bukan sahaja surprise kan pasangan, tapi boleh juga kita surprise kan kawan2..
hmm..kalau saya surprise kan orang yang saya suka pula camana ya? hehehe
yes...everything can happen.....
Dedetz :: macam menarik jugak tu.. kongsi la apa kamu nak wat? hehe.. excited plak nadh.. hehe
Ayuni :: betul tu. point nadh senang ja. kita jadi y terbaik. lain dari tu adalah ketentuan, kita taleh halang kan? :D berserah selepas berusaha
ske kejutan..tapi tak ske terkejut tgk cte hantu, seram, saspen
erk ade kaitan ngn entry? haha
font lain knp?
Miss Ran :: hehe. da la tu kaitan jugak kejutan kan. hehe. font lain? mmg guna font ni la kamu..
HYE NADH~~
SURPRISEEE...
HIHIHI
Cik GK :: aaaa.. nadh wat tekejut ni. kan ka kena surprise ni. ahahahah.. :P
nadh...singgah gegar blog kat sini ye :)
sweet~ (^_^)
supriseeeeeeee!!!! << man raja lawak 5...
haiiiiiiiiii entry menjiwang nampak
nadh dh pass jadi suami org nie.. hehehe =)
Ikhyar :: selamat singgah.. ;)
Ika :: ya ka? sweet macam adik tika abg kan ? :D
Pakcu :: entry ja noh. ingatan.. bukan pa..
Kiera :: lepas dah noh? doakan la Nadh ng dia ya.. ;)
terkejut tgk entry ni..hahaha.. (tiba-tiba)
yeah ..entri yg bernas .. setuju .. hehe .. baru tak boring & rase nak cari lain kan .. haha ..
heheheh... SUPRISEEEEEEEEE...
hoho.. kami suka la ayat kira tu.. nadh dh pass jadi suami org nie.. hehehe =)
dan nadh, kami doakan ampa dan "dia" bahagia sampai ke syurga.. jangan lupa jemput kami.. kalo dak majok setahun..:P
nadh, ceq suka mkn ayam.. hari2 mkn ayam msak apa pun tak kan jemu nya..hehehe
Fiza :: nak terkejut jugak la camni.. hehe..
Ainnur :: terima kasih.. moral f the story Nadh nak smpaikan, hargailah y ada kan.. ;) kita nak dihargai, sama la depa pn.. ;)
AImaa :: hehe.. ampa stuju saja kalau kait ng kak ipaQ ampa tu. ;P hehe. insyALLAH, kami jmpt. tapi kalau ampa plak tak mai. kami 2 nak majuk stahun jugak, leh macam tu?
Piqah :: werks.. :P nt kamu mesti pandai kokok cam ayam kan? hehe :P
aduhaiiiiiiii nadh n kak ipaq.. kalo kami xmai jangan la majok ngan kami setahun.. huhuhu.. insyaALLAH akan cuba mai.. kalo xdak aral sampailah kami ke walimah ampa dua.. nak ajak pi umah kak ipaq pun boleh..hihihi... nak makan kat meja pngantin boleh... hahahaha... pengantin kan malu2 nak makan.. mai adik ni makan banyak..haha
terbek nadh...
mai tgok nie..
http://angahshark.blogspot.com/2011/04/doa-peperiksaan-selamat-mencuba-ikhlas.html
Aimaa :: hehehe. tapi arapnya suma adik badik KBU mai la nt noh.. yang mana rapat ng Nadh.. :D seronok kalau suma ada.. ;) skali kita wat gath kat umah Nadh kan? hehehe..
Angah :: maceh2 Angah.. mana2? sat nak p terjah plak. hehe
bila ada surprise, barulah best..tapi tu kalau surprise yang bestla.. kalau surprise yang buat hati sedih tu memang tak best..ekeke..
Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini
Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire
CikpuanHady :: betoi jugak tu. suprise menyedihkan nadh tamo jugak aa. ;D
Post a Comment