Followers

Wednesday, 16 February 2011

Al-Kuliyyah - 11-Feb- Damai Yang Hilang

tu dia aihh.. dekat nak mai minggu ni punya episode da.. baru aku berupaya nak cerita sal minggu lepas punya episode.. hihi. tapa la.. nak cita jugak la.. rugi la dengaQ ta share .. ;)

Tajuk dia : Damai Yang Hilang

menarik cita dia.. asal cita dia adalah pasai kedamaian yang hilang..
iaitu apa yang berlaku disebalik huru-hara di muka bumi sekarang ni..
sememang nya ini adalah balasan yang ALLAH turunkan buat kita semua untuk kita beringat..
saya penah cakap sal menda ni sebelum ni.. ada 2 la.. 1. mengenai huru hara dan 2. mengenai pesanan Nabi Muhammad SAW tentang bala ALLAH.

n since aku pun buka da agak lewat. so just leh share yang sikit2 takat mana aku dengaQ la..

Penceramah berpesan la.. supaya mencari kembali kekuatan.. supaya dapat kembali membaiki balik nama ISLAM di mata dunia,. dan dalam mencapai nya, adalah penting untuk kita manfaatkan tiap apa kelebihan yang ALLAH kurniakan pada kita..

1. Doa - kata penceramah, kita dah tak boleh lagi berdoa untuk diri kita sekarang, tapi doa kita perlu diperbesarkan skop dia, cth : Doa agar diberi kekuatan buat semua Umat Islam.

2. kita berusaha lebih gigih lagi untuk memahami agama ALLAH ini.. dari segala sudut la, perbetulkan pandangan-pandangan serong yang dok terpahat dalam kepala otak kita ni.. dan dengan itu, baru dapat mencapai apa yang disuruh Nabi iaitu Islam sebagai cara hidup kita.

3. berikhtiar. apa maksud penceramah adalah kuatkan ikhtiar kita untuk mencapai matlamat sebenar sebagai Khalifah di muka Bumi ALLAH ini.. jangan hanya berserah pada yang di atas, tapi kita di lapis bawah ni patut juga berjuang meningkatkan kefahaman orang mengenai ISLAM.

4. Bertawakal kepada ALLAH. dan memohon agar ALLAH berkati usaha kita ni..

Kata penceramah lagi, kita jangan melihat sahaja apa yang terjadi di Mesir, di Tunisia itu, tapi mengambil pengajaran daripadanya. lihat pada diri kita sendiri ni.. apa yang kita buat sepanjang-panjang kita wujud di muka bumi ni.. siapa diri kita sekarang ni? adakah kita benar berada atas landasan sebenar Islam, atau kita tak ubah seperti golongan-golongan lain yang hanya melihat hidup kepada Material semata2..

Kesimpulan ::

Sesungguhnya, ALLAH tidak suka kepada kerosakan. :
"setiap kali mereka menyalakan api peperangan ALLAH memadamkannya dan mereka berbuat kerosakan di muka bimi dan ALLAH tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.. " Al-Maidah : 64

membina kekuatan itu PERLU : supaya dapat dinaikkan kembali nama ISLAM agar dilihat HEBAT dan Gah di mata dunia seperti mana satu ketika dahulu. maka dengan itu, bersamalah kita berjuang dan memperjuangkan ISLAM yang sebenar-benarnya.. maka perjuangan bolehlah dianggap sebagai wajib sebab selagi mana kita lemah dan leka, selagi itulah Islam akan dipandang serong dan di pandang sepi oleh bangsa lain. seperti Sabda Rasulullah :
"Mujahid di jalan Allah itu seumpama orang yang berpuasa, yang mengerjakan shalat, dan yang membaca Qur’an, dimana ia tidak berhenti dari puasa dan shalatnya, sehingga sang mujahid pulang dari medan pertempuran.” (HR. Bukhari, Muslim, Nasa’I, Ibnu Majjah, dan Tirmidzi)

belajar membaca dan mengkaji sejarah : sememangnya betul, sejarah itu menceritakan apa yang berlaku di masa silam, dan jika kita belajar dan kemudian menghayati nya, besar kemungkinan kita akan tersedar bahawa betapa lalainya kita ni sekarang, maka berlaku perbandingan besar antara kita dan umat-umat terdahulu, kita akan berfikir, apa yang mereka lalui dulu, dan kita sekarang, jadi kesedaran tu penting dalam meningkatkan motivasi untuk perjuangan kita sekarang.

jangan terlalu leka dengan hiburan yang terlampau. : ni penyakit dalam masyarakat sekarang, even yang tua dan yang muda, sama sahaja. terlalu di beratkan dalam urusan hiburan ni smpaikan soal penting seperti Agama diletakkan di tepi. cth terbaik la.. waktu solat tu buleh plak la p buat konsert la apa la.. apa jadi? makin ramai la yang tak solat tu.. sedih kan..

Jadi, mari la sama berfikir dan merenungkan diri kita.. masing-masing sibuk bercakap soal nak masuk syurga, tapi dari usaha mndapatkannya?? tahap manakah kita..?? persediaan kita.. usaha kita,? pemahaman kita?

ingatan buat diri sendiri dan buat sekelian pembaca.
semoga mendapat manfaat.
wallahualam.


1 comment:

ibnuyassir said...

Ar Rayah World News

Janji Allah 'Khilafah' Tinggal Selangkah Lagi

http://ibnuyassir.blogspot.com/

Buta+Pekak+Bisu=CINTA