Followers

Thursday, 17 February 2011

Wuduk - Zahir dan Batin


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusof selalu berasa khuatir jikalau ibadahnya kurang khusyuk.Lantas,dia sering bertanya kepada orang yang dianggap lebih warak dan tekun beribadah,bagi memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk itu.

Suatu hari,Isam telah menghadiri majlis yang dikendalikan oleh seorang abid bernama Hatim al-Assam.Di penghujung majlis, Isam pergi mendapatkan abid terkenal itu dan bertanya,

"Wahai Hatim,bagaimanakah caranya tuan solat? "

Jawab Hatim, "Apabila masuk waktu solat,aku berwuduk zahir dan batin."

Wuduk zahir dan batin ?" Isam bertanya kembali, "Apa maksud tuan?"

Hatim memberitahu,

Wuduk zahir adalah sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota dengan air.

Sementara batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara,iaitu
BERTAUBAT,
MENYESALI DOSA YANG TELAH DILAKUKAN,
TIDAK MENCARI ATAU MENGHARAP PUJIAN ORANG,
TIDAK TERGILA-GILAKAN DUNIA,
TINGGALKAN SIFAT MEMBANGGA DIRI,
BUANGKAN SIFAT KHIANAT DAN MENIPU, dan yang ketujuh,
MENINGGALKAN SIFAT DENGKI."

Seterusnya Hatim memberitahu,

"Selesai zahir dan batin, aku pergi ke masjid, kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan membayangkan bahawa aku sedang berhadapan dengan Allah,syurga di sebelah kananku,neraka di sebelah kiriku,malaikat maut di belakangku dan aku kini berdiri di atas titian siratal mustaqim.Aku menganggap bahawa solatku ini adalah solat terakhirku,kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.."

"Setiap bacaan dan doa dalam solat aku fahamkan maknanya,kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk,aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.Begitulah aku bersolat selama 30 tahun."

Demi mendengar kata-kata itu,Isam terus menangis kerana berasakan selama ini ibadahnya kurang baik berbanding Hatim.

Berikut apa amalan yang kita leh wat semasa berwuduk ::

1.Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2.Ketika membasuh muka,berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini"
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini"
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu" Penjelasan nombor 5 :Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 :Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita ditangan Allah.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

3 comments:

oshin said...

kadang kadang bila berwuduk dapat menenangkan perasaan ;)

azu_wani said...

sgt menarik..boleh saya share di facebook..=)

azu_wani said...

sgt menarik..mohon share yer..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA