Followers

Wednesday, 16 February 2011

Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta”

jatuh cinta tu adalah anugerah paling besh dalam idup..
bercinta tu.. masa paling indah dalam dunia.. (kalau tak orang tak cakap la kan, masa cinta, kentut pn bau wangi.. :p )
dicinta dan mencinta plak perasaan paling seronok dalam dunia..

tapi kan, semua pun sedar, ibarat tua-tua kata la..
lagi tinggi kita terbang, makin sakit la kita pabila terjatuh..
tu la apa jadi bila cinta tu tak lagi bermakna, yang dirasa kini, hanya lah sengsara (chewahh.. )
tengok balik dekat luar, berapa ramai kan bunuh diri sebab cinta,
berapa ramai yang buat menda bodoh sebab cinta,
berapa ramai yang jahanamkan masa depan dek kerana cinta ni kan..

ni kat bawah ni..
saya kongsikan sedikit info dan petua menghadapi jatuh cinta ni..
petua mendapat ketenangan setelah apa yang dicita tidak mengikut kehendak kita..Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati.

Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28,
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah lailahailallah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah (segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.

Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah subhanallah wa bihamdihi dan subhanallah hil azim [2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca hamdi.jpg 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]

Note :: Kita seharusnya berpada-pada dalam tiap tindak tanduk kita. ALLAH tidak akan mempersiakan hambaNYA yang mana taat kepada DIA. tiap apa kejadian tu adalah bersebab dan berhikmah, serahlah segala apa yang terjadi kepada DIA dan REDHA.. diadakan kita dimuka bumi ini pun adalah untuk tunduk, patuh dan beramal kepadaNYA, mungkin tidak untuk sekarang, tapi di masa depan, DIA merancangkan yang LEBIH BAIK buat kita dalam kita tak sedar. ALLAH bersifat dengan MAHA MENGETAHUI.. Yakin pada Janji NYA.. pasti kita takkan kecundang di dunia dan disana kelak.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.

Wallahu’alam.


[1] http://hadith.al-islam.com ; Sunan Tirmizi : 3305
[2] http://hadith.al-islam.com ; Sahih Bukhari : 7008
[3] http://hadith.al-islam.com; Sahih Bukhari : 5926

Credit to : MyJodoh

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA