Followers

Friday, 25 February 2011

Cinta Yang Tak Pasti


hari ni dalam mood putus cinta kat opis nih..
dari semalam lagi.. sorang opismate ni dok berjiwang tahap dinasour..
minggu lepas sorang yang lain..
putus cinta., putus cinta.. putus cinta lagi..

nak gelak pun taleh.. nak kata apa pun taleh..
sebab ni perasaan yang fitrah, yang mana semua mahukannya.
tapi disebalik fitrah tu, tak ramai yang pasan tentang hakikat sebenar cinta yang manusia semakin agung-agungkan sekarang nih.. malah sanggup berbunuhan, sanggup berbuat apa saja untuk pastikan cinta tu dalam genggaman..

bukan mengutuk, jauh sekali menghina, tapi ni apa yang sedang hangat dalam masyarakat kita sekarang.. kalau kita ushar tengok cita Hindustan, leh tengok la.. yang "LOVE RULES".. apa saja yang betuhankan cinta nih akan menang.. malah boleh plak la sound tuhan sebab tak bagi kebenaran atas cinta tu, last2.. tuhan amek ati, pastu kasi depa punya cinta tu menang.. bila tengok memang la nampak kisah cinta kan.. tapi isi dia tak baik untuk tatapan kita. aku tak sangka, zaman sekarang.. cerita yang punya elemen macam ni da menusuk dalam masyarakat kita. kalau sapa-sapa ada tengok slot drama skang, depa mesti pasan menda ni.. si Ibu yang menghalang, di abaikan, lepas tu dipersalahkan sebab tak restu cinta depa.. ralat sangat la rasa tengok macam ni..

melihat dalam media massa kita sekarang, hampir setiap hari kes lari dari rumah dilaporkan. n yang menariknya, most of them lari sebab mengikut kekasih. tu tak kira lagi kes yang tidak dilaporkan. mengucap aku.. aku sedih membaca nya.. hati rasa sakit..

ha.. tu dia aih.. panjang nya la kisah mula tu.. aku berkenan toi satu post tu yang dikongsi oleh seorang sahabat.. mengenai rasa cinta tu.. yang mana kata dia ;

Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

aku tambah lagi.. betoi.. memang sungguh pun.. aku sndri satu masa dlu pernah alami situasi nih.. aku tak nafi la.. sat dia tuh, sat dia nih.. tapi benar.. kita takkan kahwin sebab kita jatuh cinta, dan saling mencinta, tapi berkahwin dengan JODOH kita yang dah ditetapkan ALLAH. buleh ja nak p ramai mana pun.. tapi last2.. sama ja.. ALLAH pertemukan kita dengan orang yang akan bersama kita bila kita dah jadi yang lebih baik. dan sebaik tiba saat tu, bila dah jumpa orang nya.. kita lah yang terbaik. kita yang paling sempoi la dalam hidup. segala kekurangan itu pasti akan ditutup dengan kebaikan kerana sedar kita adalah part kepada dia.

Jadi pesan kepada diri sendiri dan yang membaca khasnya, jangan hidup terlalu diberatkan dengan Cinta Yang Tak Pasti ni.. kerana cinta bila tiba masanya, akan hadir dan masa tu, hidup akan diserikan.. tanpa kita sedari. kenapa tidak kita mencari Cinta Agung yang Pasti. yang mana hasilnya akan diberikan kepada kita di dalam Hidup Abadi kita nanti..

wallahualam. yang kurang tu dari aku. ALLAH lebih mengetahui.




5 comments:

saya YANA said...

betul3...

Nana Miyuki said...

bercinta..mencintai..jatuh cinta..
hanyalah utk memenuhi tuntutan lumrah alam manusia :)

fRaMe+LenSeS said...

Ana :: betoi la tu kata kamu. setuju.. :D

cik idora said...

kdg2 mls nk brcnta.. baek kahwin teross..

fRaMe+LenSeS said...

Cik Idora :: setuju ng kamu. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA