Followers

Tuesday, 16 August 2011

7 petanda kebahagiaan dunia

Assalamualaikum. Atau salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Petang ni kita kongsi sikit tentang kebahagiaan leh? Asyik entry mengenai hati ja kan? Ni kita kongsi pasal Kebahagiaan plak ye? Sambil membaca. Kita buat checklist, kita tanda. Mana yang ada mana yang tidak dalam diri kita, amacam?

Dari Ibnu Abbas r.a katanya : Ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :


1. Hati yg selalu bersyukur – Bersyukur ni maksudnya dari segala segi, bahagia ka, gembira ka, sedih ka, berduka ka, semua kena bersyukur, sebab, bila bergembira tandanya ALLAH berikan kita kenikmatan. Bersedih itu juga tanda kesayangan ALLAH pada kita, sebab dengan adanya musibah itu, kita kan lebih mendekati ALLAH.


2. Pasangan hidup yg soleh – Pasangan kan pelengkap diri kita. Bila si dia itu adalah pelengkap, bermakna, baik dan buruk diterima semuanya oleh dia. Sebab itu “soleh” dan “solehah” itu penting kerana bila kita ada keburukan, dan dia rasa menda itu perlu diperbetulkan, dia akan betulkan kita. Sama juga kita, saling melengkapi bermakna saling memperbetulkan diri bersama.


3. Anak-anak yg soleh – Rasulullah ada menyebut, bahawa salah satu dari tiga yang akan memberikan manfaat kepada kita selepas harta dan ilmu yang bermanfaat adalah, anak yang soleh. Anak soleh memberikan kita manfaat yang besar, bukan hanya sekarang, malah hingga kita meninggal nanti. Nak anak soleh, kena ada Isteri yang soleh. Isteri soleh pula datang dari suami soleh, baru mendapat keluarga berkat yang diredhai ALLAH. Semua penting kan?


4. Suasana yg baik tuk iman kita – Apa maksudnya? Maksudnya, persekitaran kita lah. Kalau asyik duduk bergelumang dengan dosa, mana nak hidup dalam situasi yang baik untuk iman kita. Sebab itu, Rasulullah berfirman,

Barang siapa diantaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya. Dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman ~ H.R. Muslim

Itulah yang Rasulullah anjurkan, iaitu menegur bila nampak kemungkaran, bermakna Rasulullah sedang menunjukkan kita supaya hidup dalam suasana yang baik untuk iman. Ingat, masyarakat yang disayang ALLAH, adalah masyarakat yang tunduk dan patuh pada NYA, bukan masyarakat yang asyik dengan dosa dan mungkar.


5. Harta yg halal – Kenapa penting? Sebab harta yang halal tu yang akan jadi isi perut kita, darah daging kita, bayangkan kita memakan harta haram, hidup pun tidak berkat, di akhirat sana nanti?

"Apabila seseorang lelaki mendapat harta yang haram, pasti Allah akan menguasainya dengan air dan tanah yang dia sendiri tidak mampu hadapinya".


6. Semangat tuk memahami agama -  Dengan memahami agama, kita akan makin dekat dengan ALLAH. Orang yang memahami agama akan berfikir panjang sebelum berbuat sesuatu. 

Contoh : Rasulullah s.a.w. tidak melarang umatnya membina rumah kediaman. Cuma baginda menegah umatnya membina rumah melebihi kemampuan mereka. Contohnya, seseorang yang berdapatan yang sangat kecil, tetapi membina rumah melebihi kemampuannya,maka itu bersalahan dan tidak dipersetujui oleh Rasulullah s.a.w. Apatah lagi apabila rumah yang dibina itu dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah sesama manusia.

Bermaksud, dengan lebih kita memahami agama, kita lebih takut untuk tiap perbuatan kita, segalanya akan ada ALLAH di hadapan sekali. Dan bila mana ini terjadi, PASTI, tiada jenayah, tiada rasuah, tiada penyelewengan. 


7. Umur yg barakah – Siapa yang cakap bertambah umur itu panjang umur? Nadh nak betulkan, sebab makin hari kita makin pendek umur, panjang umur mungkin pada kiraan kita, tapi setiap saat sebenarnya kita sedang mendekati MATI. Umur yang barakah membawa maksud, umur yg smakin tua smakin soleh,yg stiap detiknya diisi dgn amal ibadah. Begitulah sebaik-baik umur yang sepadannya kita isi dengan amal dan soleh yang mana akan menjadi bekalan kita di sana nanti.


Note :: Amacam? Dah buat checklist? Kita LULUS semua tak? Jika Ya Alhamdulillah. Jika mungkin ada satu dan dua, kita jadikan semangat untuk mendapatkan semua. Jika satu pun tiada? AMBIL TINDAKAN SEKARANG. Hidup itu InsyALLAH, MATI ITU YANG PASTI !!

Wallahualam. Moga mendapat manfaat.

9 comments:

pengemis Cinta~ said...

Assalamualaikum..

alhamdulillah.perkongsian yang bagus nadh.add to list utk pc.;) sama2 bermuhasabah diri dan berusaha ke arah yang lebih elok.insyaAllah..^^

Suhaili Sarif said...

insyaALLAH berbahagialah kamu :)

Sunah Sakura said...

part semangat memahami agama tu yang masyarakat kita kurang sikit..

Tholeha Mustapa said...

moga kita mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak, selamat berbuka puasa :D

kiera'sakura said...

semoga kita semua dapat 7 keindahan dunia tue agar kita jugak mendapat keindahan diakhirat nanti.. amin

Lelaki Ini said...

alhmdulilah...

aimie amalina said...

huhuhuhu
banyak yg belom tercapai nadh..maceh atas peringatan ini!

nelly said...

tazkirah di bulan RAMADHAN
:)

Iffah Afeefah said...

belum cukup bahagia

sbb tang anak tu errr

Buta+Pekak+Bisu=CINTA