Followers

Saturday, 20 August 2011

Fasa Akhir. Kita cam mana?

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam 20 Ramadhan ye para readers. Bangun ja lepas baca entry ni, hembus tengok nafas ke kiri, lepas tu ke kanan, then ke atas, pastu ke bawah. Kemudian, tadah tangan, dan syukurlah kepada ALLAH, kerana kita dah masuk FASA KETIGA Ramadhan iaitu Fasa dibebaskan kita dari API NERAKA.

Kita dah pun melalui DUA FASA. iaitu, 
FASA PERTAMA - Allah menurunkan rahmat-Nya yang sangat besar bagi umat manusia
FASA KEDUA - Allah memberikan ampunan yang sebesar-besarnya bagi manusia

Sekarang FASA terakhir. Cuba tengok kejap, kita berjaya tak harungi FASA PERTAMA dan  FASA KEDUA? Rasa semua akan cakap YA. Betul tak? Baik mengaku..

Memang la kita akan rasa YA. Sebab kita PUASA tak tinggal. Tapi kan, 
-Solat kita tinggal tak? 
-Amalan-amalan lain?  Ada tambah tak?
-Berjaya tak kita halang diri dari MENGUMPAT? 
-Berjaya tak TELINGA ni terhalang dari mendengar perkara yang tak baik? 
-Mata ni, merah tak sebab menangis mengenangkan dosa yang dah kita buat? 
-Tangan ni, rajin tak dia seluk dalam poket nak kasi sedekah?

Banyak nak kena check tu.. Diharapkan dengan FASA terakhir ni, kita makin RAJIN nak beribadat kepada ALLAH. Sebab di FASA AKHIR ni, ALLAH dah sediakan kepada kita Lailatul Qadar. Yang mana kita tak tahu bila, tapi dalam satu Hadis Rasulullah, 

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (Al-Bukhari)

Satu malam yang mana didalamnya ALLAH firman dalam Surah Al-Qadar ayat 1-5 :
 "Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur’an pada malam al-Qadar, tahukah engkau apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril  dengan izin Rabb mereka (untuk mengatur) segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit  fajar.”

Itu kelebihan yang ALLAH dah sediakan kepada kita, umat yang Nabi Muhammad SAW. Nak rebut ka tak ni? 

Tepuk hati, tanya IMAN.

6 comments:

Iffah Afeefah said...

tk berjye lg nadh huhu

harrazdani said...

harap fasa ketiga ni amal ibadat makin bertambah...;)

http://harrazdani.blogspot.com/

Asyikin said...

*insaf seketika* T_T

udin said...

insyaAllah.. sama2 la kita beribadat di penghujung ramadhan ni.. hehe.. ;)

Sunah Sakura said...

jom kejar Lailatul Qadar!

NadiRah said...

baik!!!
malam2 akhir ni pastikan tak miss terawih.. hehehh

Buta+Pekak+Bisu=CINTA