Followers

Thursday, 18 August 2011

TIPS | Pantang larang Power Point

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Aii suma? Rindu Nadh tak? (Ehhe..macam la nak ada kan?). Okeh la, mood demam ni, tapi sehari tak mencoret rasa tak lengkap plak.

Entry langsung xberkaitan dengan puasa kan? Tapi saja nak share jugak. Sebab Nadh pernah ckp dengan readers nak buat entry berkaitan presentation hari tu. Jadi hari ni Nadh tunaikan la.

Iaitu mengenai Pantang Larang Powerpoint.

1. Sepertimana yang kita tahu, nama dia pun Power Point kan, jadi adalah tak ''Power'' dia bila didalamnya terkandung banyak sangat kata-kata atau isi. Atau dalam bahasa mudah, kita letak karangan dalam tu.

2. Power Point yang power adalah yang didalamnya terkandung isi pendek, atau dalam omputihnya 'point form'. Kemudian kita huraikan isi dari point-point kita tadi.

3. Lagi satu, nak power kita boleh coretkan sepatah dua didalam, mungkin untuk kita tau isi apa dari dalam tu, agar kita tahu apa kita nak kata.

4. Power Point yang power selalunya meninggalkan persoalan dalam hati audience. Sebab, apa yang kita tulis dia tak tahu ka, jadi dia semestinya tercari2 isi apa kita nak sampaikan.

5. Adalah tak power bila kita membaca sahaja apa yang ada dekat slide tu. (macam la readers tak nampak apa kita tulis kan?) sebab tu kita kena letak isi dan hurai dengan kata-kata sendiri.

6. Elakkan menggunakan warna yang terlalu terang. Ini menyebabkan audience sakit mata tengok slide kita.

7. Gunakan tulisan yang besar (jangan la besar sangat), dan bukanlah kecil sangat, tapi seeloknya tulisan yang 'just nice' agar audience mudah melihat.

8. Dilarang gunakan background yang pellk-pelik pada slide. Nak tau napa? Pelik tu buat orang gelak. Terlalu menarik pula buat orang lagi fokus pada gambar, bukan pada presentasi kita.

9. Kalau mampu, slide yang bergerak dengan menekan pun okeh, ini dapat elakkan audience dri tahu apa isi seterusnya kita nak cakap. Pun begitu, andai dah tersedia semua pun tak ada masalah, kita yang present kan, olehan kita boleh buat ianya jadi menarik.

10. Last sekali, (rasa cukup takat ni kot), elakkan kesalahan-kesalahan bodoh diatas slide kita. Sebab, kekadang audience ni suka ja cari kesalahan kecil untuk diperlekehkan. Nak elakkan, double triple check dulu sebelum mula.

Itu sahaja setakat ini ya. Mungkin dilain kali, Nadh boleh huraikan tentang presentation skills plak ya. :)


Note :: slide power yang mempresent tak pandai pun jadi tak menarik jugak, jadi kenalah pandai. ''best presenter always know hw to attract the audience''

6 comments:

haslinda said...

tak suke tgk presentation power point yg menyakitkan mata. kaler background dgn tulisan x sesuai.. :)

~syue syada~ said...

owh.. tp saye pkai power point utk wat doodle. cemana tu? hehehe

MerLe said...

btul..btul..betul... ::gaya upin ipin::

Iffah Afeefah said...

boleh jadi pakar power point

padlie said...

Saya kalau buat slide, mmg saya je la yg boleh present.. Walaupun teman segroup pun takleh ganti.. Ringkas sangat..

Point yang Nadh bagi mmang bagus untuk diikuti..

Satu lagi yg saya selalu buat, satu slide = satu minit.. Senang nak bajet masa presentation..

cik pulau said...

lectrer penah cakap..
dalam power point.. hanya ada point saje.. point yang power..
bukannya ayat panjang bermeter-meter sampaikan semput nak bacanya... hahaha

Buta+Pekak+Bisu=CINTA