Followers

Monday, 1 August 2011

Ganjaran selain pahala dibulan Ramadhan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Tadi Nadh dengar dari radio kalau tak silap. Dia kata, ALLAH berfirman bahawa, amalan-amalan lain seperti solat adalah untuk diri kita, manakala puasa adalah untuk ALLAH yang mana dia akan menentukan ganjaran dan sebesar mana yang hendak diberikan kepada kita.

Dari hal diatas, cukup mudah sebenarnya sekiranya kita melihat dari satu sudut, iaitu besarnya ganjaran di sebalik bulan ini. Satu ganjaran pahala.

Tapi yang paling besar adalah peluang untuk kita membudayakan amal-amal soleh dibulan ini. Yang mana, tiap budaya yang dibuat berhari-hari ini dab berterusan selama sebulan berubah menjadi amalan harian. Atau dari istilah kita, 'jadi darah daging'.

Dan selepas dari sebulan, budaya yang menjadi santapan seharian kita sepanjang Ramadhan akan berterusan selepas darinya.

Itu sebenarnya yang ALLAH sedang hendak latih kita dengan sebulan ini. Betapa DIA sayang akan kita. Dia bagi tiap tahun peluang untuk diampunkan dosa kita dengan berganda-ganda pahala buat kita.

Mudah kan? ALLAH sayang kita. Kita sahaja yang tak tahu.

Apa lagi? Buatlah. Sebab bila kita buat, kita dapat. :)

2 comments:

Iffah Afeefah said...

sayang Allah jugak

nak bersedekah
lalalala

kiera'sakura said...

insyaAllah sama2 kita cari redha Allah...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA