Followers

Monday, 22 August 2011

Sedetik Lebih Dari Yang Lain

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam ni malam yang sejuk. cuaca yang baik untuk berkelubung dalam selimut seawal mungkin. ehhe..
Malam ni Nadh nak kongsi mengenai "Sedetik Lebih". Boleh kan?

Apa yang nak dikaitkan dengan sedetik yang lebih tu adalah dari banyak segi, antaranya :

1. Sihat. - Masa kita sihat, badan terketar nak cari duit, kononnya dengan duit itu akan dapat KEBAHAGIAAN.  Tapi terlupa pula akan kesihatan diri, diabaikan pula, akhirnya bila dah sakit, baru sedar yang SIHAT itu murah sebenarnya bila nak bandingkan dengan SAKIT YANG DIHADAPI DEK KERANA KELALAIAN MENJAGA DIRI.


2. Harta Kekayaan - Dalam bank banyak dah duit. Tapi masih di cari-cari lagi. Untuk mengeluarkannya diberikan kepada yang memerlukan pun susah, Alasan, "Aku kerja untuk ini, kamu tak layak dapat duit ini". Mungkin kedekut atas alasan, "sayang nak guna". Apa pun alasannya,

Ambilah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)” (Surah At-Taubah: Ayat 103)


3. Masa. - Semua happy bila dapat bergembira, membuang masa, berpeleseran, enjoy kan? Tapi kita tak sedar yang tiap masa kita gunakan ini, bakal dipersoalkan sekiranya diisi dengan hal yang tidak bermanfaat. Andai kata perjalanan kita hari ni disampahkan dengan hal yang sia-sia, dikhuatiri kita bakal terpengaruh dengan jalan tak baik dan menyesal di kemudian hari nanti. Hargailah mereka yang ada bersama kita, TERUTAMANYA AYAH DAN MAMA. Selagi mereka ada, berbaktilah, jangan menangis satu hari nanti dek kerana terlalu sibuknya kita dengan urusan dunia hingga tak dapat bersama mereka.


4. Umur. - Orang selalu cakap, bila bertambah (hari lahir) kita bergembira, ye la, sebab umur panjang kan? Tapi tak ada plak yang nak fikir , MASA SEMAKIN SUNTUK UNTUK KITA. Kita tak tahu pun sampai bila kita akan hidup kan?


5. Hidup. Kita mungkin leka kan? Tapi ALLAH senantiasa memberikan kita semboyan peringatan dengan pemergian orang disekeliling kita. Mati itu sebagai peringatan kepada kita, bagi sesiapa yang mengambil iktibar, maka beruntunglah dia, pada yang tidak? Hurmmm...

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Mulk ayat 2:
"Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya, Dia Maha Perkasa (dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang derhaka) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat)".



Note : Sedetik lebih kita dari orang yang dah pergi meninggalkan kita. Andai kata kita ambil hembusan selepasnya sebagai peringatan, baguslah, tetapi andai kita masih leka dengan kehidupan sekarang, takut pula "sedetik" yang kita dapat itu pun tak lama mana, mungkin selepas ini kita pula? 10 minit lagi ka? 1jam? 10 jam? sebulan? 2 bulan? Setahun? TIADA YANG TAHU KAN? 

Oleh itu, JANGAN MENUNGGU UNTUK SATU PERUBAHAN. 

Moga beroleh manfaat.

8 comments:

angah said...

terbaik..

Iffah Afeefah said...

igt 5 pkara


seblum lime perkara

mikro_kokus said...

Terima Kasih bro di atas peringatan tersebut.... ^_^ kita hanya manusia biasa yang terkadang lalai dan alpa...

msredcheesecake said...

perkataan lebih tu yang buat kita lupa dan terleka...

Anum said...

sangat berguna la

risa said...

insaf nye baca ni dik oii...adehhh

Qaseh dalia adelia said...

likeee penolong presidengg

bulat said...

ske :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA