Followers

Thursday, 11 August 2011

Perjalananku, Destinasiku. Sampaikah Aku?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Seorang manusia dalam perjalanan ke suatu tempat. Dalam perjalanan ke tempat tujuannya itu, dia menanti si penjemput di satu hentian.

Penjemput yang pertama datang. Ianya adalah sebuah Basikal. Si dia menolak basikal berkenaan. Alasan dia, panas dan sakit bontot, kerana sit tempat duduk di belakang adalah besi. tiada cushion katanya. Maka berlalulah si penjemput berkenaan.

Yang kedua pula datang. Kali ini adalah sebuah motosikal. Dengan pantas dia menolak dengan sebab motosikal tak ada bumbung, nanti akan hujan.

Tiba yang ketiga pula, sebuah bus. Si dia menolak. Katanya bus ni  kurang selesa la, nanti akan ramai yang datang, berkongsi tempat duduk. Bising pula tu. Dia menolak lagi.

Kemudian, sebiji lori datang. "Oh tidak. Lori lambat, tak boleh nak bergerak dengan laju. Tak suka la. Saya nak cepat sampai ke destinasi. ". Dan berlalulah si lori meninggalkan si dia.

Satu demi satu lalu meninggalkan dia. satupun tidak dipilihnya. Sebenarnya si dia sedang menanti tibanya sebuah kereta datang menjemputnya. Tapi tiada satu pun yang hadir yang menepati cita rasa dan keinginan si dia. Akhirnya, tinggallah si dia berseorangan, dari hari siang hingga ke malam. Berseorangan, atas alasan menunggu, dan cita-cita diri yang keterlaluan memilih.

Selamat malam semua. Malam ni Nadh nak cakap mengenai setia.

Apa itu setia? adakah menjadi penunggu kepada seseorang yang dah tak mahu kita itu dikira setia?
Adakah menanti si dia yang kononnya kita rasa untuk kita itu setia? Apa sebenarnya setia? Ada sesiapa nak tolong jawapkan?

Pada Nadh, kesetiaan pada sesuatu yang tak berapa pasti tu macam sia-sia la. 

Seperti kisah yang Nadh ceritakan diatas. Penantian yang sia-sia. Diri yang terlalu memilih, sedang yang tiba itu kita tidak tahu perihal kebaikan dirinya. Dan yang kita nantikan itu juga, terlalu diharapkan adalah yang terbaik, mungkinkah yang dipilih itu rosak ditengah jalan? Atau mungkinkah yang diharap itu menerima kita sekiranya kita menahan dia di persimpangan jalan? 

Jawapannya, TIDAK PASTI. 

Begitulah hidup, apa pun yang berlaku, kita kena berlalu. Menunggu itu menyebabsikan diri kita ditinggalkan, seperti dalam cerita di atas, hingga ke malam, DAN LANGSUNG TAK TIBA KE DESTINASI. 

Anda nak ka macam tu? Tepuklah hati, tanyalah jawapan. ;)

15 comments:

Iffah Afeefah said...

SETIA PADA BLOG okey?

cikki's said...

hurm sedih... thanks nadh!!! kamu mmg kwn yg baik..

kiera'sakura said...

yup setuju..sama lah konsep die dgn...

hargai apa yg ade dgn kita sekarang.. jgn cuba belaja hargai bila die dah pergi tinggalkn kita..

cik idora said...

setia.. luas ertinya tu,, bkn je pd psngn.. tp setia jgak perlu ada pd rakan. ibu bapa.. kn?

Sunah Sakura said...

teringat kisah cikgu dan rumput..

aimie amalina said...

waaa.
menikam di sanubari..
jgn menunggu suatu yg x pasti kan..
sebaliknye kejarlah yan terbentg didepan mata =)

Cik Mon Kiera said...

selepas lama kita menunggu jika apa yang kita nak tidak hadir biarlah berganjak kepada lain kerana ada yang lebih baik menunggu kita didepan sana.

new entry:
http://sayebuatblogini.blogspot.com/2011/08/datang-lagi-tak.html

mikro_kokus said...

menyokong apa yg nadh sebut tu... jgn teralu memilih, kadang-kadang pilihan yang kita buat tu tak semuanya tepat & betul.... ^_^

msredcheesecake said...

tapi jangan jadikan alasan kerana tak nak keseorangan kita main hentam je pilih. memilih tak salah.cara dan niat kena betul.

Suhaili Sarif said...

eh ni mcm falsafah cinta teksi yg sy penah buat dulu
nnt saya repost balik.hehe

shahjiehan said...

ye...tidak pasti....


bro, ramai dah follower..potong saya lgi.. tahniah!

zezolla_atin said...

ehm..atin tak terima sesapa bukan sebab memilih . hehe . belom jumpa la abg .

::Miss Pikon:: said...

sy tak menunggu. setia sy pada yg satu. eceh!

-HanieSaad-

fRaMe+LenSeS said...

Iffah :: mesti la. She's my gurl.. ahhhahaha

Cikki :: biasa saja kamu. ;)

Kiera :: betoi ka camtu? ya ka? :P

Cik Idora :: setuju sgt ng kamu. sangat luas setia ni. ;)

Sunah :: a'ah. macam ada persamaan kan?

AImie :: menikam ka? sat nak kasi plaster.. ehhe.. :P

Cik Mon :: Nadh setuju ng kamu.. ;)

Mikro :: tu la kan Mikro? apa pn suma tu adalah susunan ALLAH kan? kita ikut ja.

Msred :: setuju ng msred. men pilih hentam kromo pn susah jugak.. ;)

Elly :: Nadh da baca.. ala. comei la..

SJ :: maceh bro. ;)

Atin :: ehhe. takpa. nt ada la tu kat adik abg ni.;)

Hanie :: ehhe.. bgs la tu. ;)

kiera'sakura said...

btol la... klu sesuatu kita rase ngam dgn kita kita sia2 kan.. bila die dh xde msti kita bru nk tercari2...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA