Followers

Wednesday, 17 August 2011

Isu Murtad, Salah siapa?

Assalamualaikum. Atau salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Baru selesai solat subuh kemudian melihat dashboard blog. Terjumpa satu entry by Enchik Ben yang kaitan dengan isu murtad yang sedang hangat disebut di muka bumi Malaysia sekarang ni. Terkedu seketika, dan sangat mengejutkan sebab mereka buat secara terang-terang memurtadkan umat Islam. 

Menyakitkan hati sebenarnya bila melihat. Dalam sakitnya hati tu, diri terpanggil untuk berbicara. Kenapa begitu mudah kita jatuh ke tangan mereka. Bukan menyalahkan mana-mana pihak pun, tapi nak SALAHKAN DIRI KITA SEMUA. Sebab? yang paling mudah adalah, kita tak HEBAT. maksud tak hebat yang Nadh sampaikan di sini adalah, kelemahan kita sendiri la. 

Kalau kita jaga betul-betul agama kita ni, kita kuat dalam erti kata bersatu padu, mesti orang takut nak buat hal, tapi sekarang ni depa tak takut pun, masih goyah. Kata orang kan, suara kita sekarang ni ibarat geli-geli ja bagi mereka.
Berikut Nadh nak kongsikan apa kata Dr. Ridhuan Tee berkaitan issue ni. :

Perlu diingat, negara ini bukan seperti negara kepulauan Melayu yang lain seperti Indonesia atau Singapura. Janganlah terlalu biadab dan kurang ajar mencampuri hal ehwal Islam. Agama Islam dilindungi oleh perlembagaan persekutuan. Bukan itu sahaja, hal ehwal Islam dan keadaan umat Islam di bawah bidang kuasa penuh negeri dan sultan. Jabatan Agama ada hak untuk bertindak sekiranya wujud keadaan yang boleh mengganggu-gugat kedudukan agama Islam. Selama ini kita tidak pernah bertindak kejam terhadap bukan Islam. Begitulah berhikmahnya kita dalam menjaga bukan Islam dan hak mereka, sehingga hak sendiri terabai.

Sila click untuk SAMBUNGAN

4 comments:

Anum said...

anum tak tahu nak salahkan siape..
tapi apa-apa pun cermin diri sendiri... dulu.... kan
semua punca datang dr diri kita

udin said...

hurmmm.. patut pihak berkuasa kena amik tindakan dah pasal hal2 mcm ni.. tapi tu la.. mcm yg kita baca kat media dgn akhbar.. nak selit gak dgn isu politik.. amik tindakan terus kan senang.. benda mcm ni bkn leh buat main2.. lagi dok biaq lagi naik kepala la diorang2 ni.. :(

kiera'sakura said...

itulah yg dikatakan islam hanya pada bibir dan kertas... nauzubillah minzalik moga kita semua dijauhkan dari yg bukan2 nie, amin

Iffah Afeefah said...

betul pegangan agama tak kuat

mcm nadh penah ckp

solat tapi tak puasa

tutup aurat tpi tak slat

kalau bebetol beriman semua perintah Allah dia buat

n takkan ade isu murtad

Buta+Pekak+Bisu=CINTA