Followers

Wednesday, 10 August 2011

Sabarlah wahai diri.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Pernahkah anda menghadapi kekecewaan? Kemudian apa anda buat? Adakah anda bersedih tahap gaban? Atau anda jadi seorang yang kuat makan? Mungkin tak makan langsung tanda mogok lapar? Apapun yang anda lakukan, Nadh nak menasihat ni. 

Hidup ibarat laluan hutan yang sedang dibersihkan. Dari penuh semak, kita cantas sedikit demi sedikit jalan, kemudian perlahan-lahan ianya menjadi laluan yang bersih dan mudah untuk dilalui. Di tengah jalan itu, kita akan berjumpa lubang, jumpa juga duri-duri yang wujud disepanjang jalan tu.

Akan hadir juga satu masa tu, kita terkecewa, kerana beratnya perjalanan yang kita dah lalui tu, tambahan selepas kita dah berpenat lelah tapi akhir sekali jalan yang dah kita usahakan tu menjadi jalan orang lain dengan nama mereka, walau sebenarnya kita yang mengusahakan tempat itu sebelumnya. 

Moral dari peringatan yang Nadh sampaikan diatas adalah, titik peluh, usaha kita sebelum ini, bukan apa-apa kerana ianya sebenarnya hanya satu permulaan. Mungkin berlaku kekecewaan seketika buat kita, tapi perlu diingat la yang mana nak datang manisnya jika tidak kita mula dengan pahit. Mana nak tahu bahagia jika tak pernah mencuba rasa derita. Begitulah hidup. 

Apa pun, beringatlah yang segalanya adalah susunan oleh Maha Agung. PASTINYA DIA TAK BAGI KITA HAL YANG SIA-SIA DALAM HIDUP !! PERCAYA PADA DIA, DAN ANDA PASTI BERGEMBIRA BILA TIBA MASA NYA ENCHIK HIKMAH MENONJOLKAN DIRINYA.  ;)

8 comments:

Suhaili Sarif said...

betul,kdg2 kita rasa letih dan frust
tp anggapla ujian tu utk buat kte tabah :)

Iffah Afeefah said...

ade typo

betul tu nadh

hidup kite da ckup indah

terserah kpd kite nk tngani prob kite

Aishah Amira said...

ye nadh... takde seorang pn manusia di bumi Allah ni tak pernah rasa kecewa..bila dah kecewa, benda yang tak mungkin pun boleh jadi mungkin..sebab bukan otak kita yg kawal masa tu, tapi hati..tu sebab la ramai yg tak dapat kawal perasaan. Insyaallah kalau kita ingat Allah selalu & percaya dengan takdir yg dah ditentukan, kita akan berlapang dada menerima semua dugaan tu... hehe ~

panjang lebar plak Myra komen... maaf huhu..
^_______^

aimie amalina said...

betol!
kalo x pecahkan ruyung, manakan dapat sagunye..heeee =))

.........cP~ said...

hidup memang ada turun naiknya. kekecewaan semalam buatkan kita lebih kuat untuk hadapi keperitan hidup hari ni.semoga semuanya akan baik2 je..

Along Usop said...

aih.... uwaa... wuuu....
ade mase nanti kite story mori ye nadh.. hukk

kiera'sakura said...

jika sesekali tidak pernah merasa sakitnya jatuh,pasti tidak akan tahu menghargai erti sebenar kehidupan...

fRaMe+LenSeS said...

Elly :: setuju.. ;)

Iffah :: da betulkan. maceh.. ;)

Myra :: maceh kamu. pjg padat dan bermanfaat. maceh sgt.. ;)

Aimie :: ehhe. terer la kamu. :D

Cp :: setuju ng kamu. kemarin jatuh sebab hari ni nak naik ng lebih bergaya kan? ehhe

Along :: bleh kamu. tade hal. .;)

Kiera :: ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA