Followers

Friday, 26 August 2011

Owhh hujan.. Owhh hujan..

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hujan.
Lebat kau turun menemui bumi.
Tibamu satu isyarat yang ALLAH menurunkan rahmatNYA..
Turunmu bersama barakah ALLAH buat hambaNYA.

Hujan.
Saat kau terjatuh,
Bumi merekah kau basahkan.
Bumi yang panas kau sejukkan.
Tanah nan gersang kau legakan.

Hujan.
Pada yang berterima kasih,
tidak terkira syukurnya dengan tibamu.
Namun ada juga yang merungut
tapi biar apa pun, kau tetap muncul
Sebagai pemberian tanda besar kasih Illahi.


Note :: berapa ramai antara kita turut ''hujan'' saat dilimpahkan rahmat tanda syukur kepadanya? Berapa ramai pula yang ''berhujan'' bila tiap kali memohon ampun dan maaf atas khilaf dimuka bumi??

Tepuk dada, tanya iman.. :)

3 comments:

Iffah Afeefah said...

tersentap seketika

nelly said...

kesimpulan : sentiasa bersyukur !
:)

kiera'sakura said...

kdang2 apa yg kita tak suka tue sebenarnye akan membahagiakn kita satu hari nanti

Buta+Pekak+Bisu=CINTA