Followers

Monday, 22 August 2011

Kisah pagi Nadh n Lagu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selamat pagi semua. Apa khabar iman? Pagi 22 Ramadhan ni, lagi lebih kurang 8 hari untuk pemergian bulan mulia ini.

Pagi yang hening mungkin, pagi yang syahdu juga memandangkan pagi ini Nadh dengan lagu-lagu kenangan dalam hp ni. Mendengar saja kan? Yo lahh, sambil menanti bus. Apa lagi nak buat kan? Nasib ada hp, smbil dengar lagu boleh update entry kan?

Meh Nadh nak cita lagu apa yang berbicara pagi ni. Lagu yang membawa Nadh untuk berfikir dan berfikir.

Demi waktu.
Waktu sepanjang bulan ni. Apa isi kita dekat diri? Sejauh mana diri kita ditarbiahkan oleh bulan ALLAH ni?

Percaya Padaku.
Sejauh mana kita percaya pada ALLAH. Kita berpegang padanya dengan berserah sepenuhnya kepada dia. Seperti lirik dia juga. ''Percaya padaku, ku kan menjagamu, hingga waktu menjemputmu''.

Muhasabah Cinta.
Mengenai rintihan setelah mendapat ujian. Pasrah kita dengan ujianNYA. ''kini ku harapkan cintamu, kata cinta terucap indah, mengalir berzikir dikidung doaku, sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku''. Biarlah sakit kita hari ini, menjadi penawar dosa kita. Moga kita kuat, dilindungi dari putus asa.

Sebelum Cahaya.
Tahukah kita? Yang amalan sebellum cahaya itu (solat tahajud dsb) itu sebenarnya memberikan kita kekuatan. Tapi kita buat tak? Mari kita buat, kita cari kekuatan dari amalan soleh ini. 8 hari yang tinggal ini, mari maksimakan sebaiknya masa yang ada ni.

Cahaya.
Iaitu Nur. Nadh nak kongsi pasal ni. Semalam Nadh terfikir masa dalam bus. Kita dapat dah 'nur' tapi tubuh masih berdiam diri dari bertindak. Sedihnya. Kita tak ambil kesempatan dari kelebihan kita ni. Rugi sgt. Ayuh semua.

Istikharah Cinta.
Kita selalu rasa tindakn kita betul tapi akhirnya kecewa. Dan kita bebel mengenai tindakan kita tu yang kita rasa salah, kenapa tidak kita TANYA ALLAH sebelum bertindak? DIA kan Maha Mengetahui?


Note :: mungkin sekadar tajuk dan bait tertentu dalam irama lagu, tapi setiap yang kita amati itu juga mampu memberi janaan kepada iman yang mkin hari makin lesu dibadai ombak hidup. Bermuhasabahlah setiap masa, ucapkan 'lailahaillallah', moga setiap nafas kita sentiasa bersama redha Yang Maha Pencipta hendaknya.

7 comments:

msredcheesecake said...

dengan mendengar lagu je kita boleh mengambil iktibar...pedoman...

Muslimah Optimis said...

semua lagu peberet tu.. ingatkan lagu raya

Anum said...

kata-kata yang indah utk di kongsi

Iffah Afeefah said...

aminnn


jiran nk wat jugak la

Zul Fattah said...

yg paling best..istikharah dan muhasabh cinta. selalu dngar..selepas member syorkan

kiera'sakura said...

sedih.. taun depan ntah jmpe lg atau x ramadhan... T.T

pengemisCinta said...

semua pc suka..sarat dengan segala hikmah..alhamdulillah.dengar hari2 boley runtun jiwa..;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA