Dalam diam, dok buat itu dan ini, tetiba terlintas dalam kepala Nadh mengenai ALPA.
Terus susah hati, dan nak beri peringatan pada semua tentang ALPA.
Apa dia ALPA? Kenapa ALPA itu perlu diingatkan?
ALPA adalah.
A - AKU
L - LUPA
P- PADA
A- ALLAH.
Semua nya bila :
Bila tiap kali aku diberikan NIKMAT. Aku lupa untuk BERSYUKUR
Bila aku diberatkan dengan UJIAN, aku pula membebel, "kenapalah aku diuji sedemikian rupa"
Bila aku SENANG, aku tak ingat pula kepada yang SUSAH, aku berat untuk menolong, yang aku tahu, aku nak lagi dan lagi dan lagi.
Aku lupa bila aku ada AYAH dan IBU, aku MARAH mereka sebab menegur aku yang tengah asyik dengan dunia ku.
Aku bila dah jumpa kawan-kawan, aku tak teringat akan keluarga aku yang menunggu aku di rumah
Aku teringin merasa nikmatnya CINTA, bila diberikan, aku lalai dan aku jana dia sebagai SAHAM NERAKA terbesar dengan keterlaluannya aku kepadanya
Aku diberikan pangkat dan kedudukan tinggi, tapi aku tindas orang bawahan aku tanpa kasihankan mereka
Aku diberikan AMANAH. Tapi aku nodainya dengan RASUAH.
Lagi, lagi dan lagi.. terlalu banyak perbuatan ALPA kita.
Beringatlah semua, yang kita ini hanyalah HAMBA atas muka bumi ALLAH ni. HAMBA SAHAJA semua. HAMBA seperti mana yang kita tafsirkan di dunia adalah yang TERTAKLUK SEPENUHNYA KEPADA TUANNYA. Pergantungan sepenuhnya kepada tuan tanpa mampu berkata apa, melawan, walaupun ditindas, dibuli sesedap rasa tapi TIADA KUASA LANGSUNG. Tu dengan manusia. Bayangkan kita dengan ALLAH? Segalanya dari kisah kejadian, nafas kita, sumber udara, air, rezeki, malah hati walau berada dalam diri, tapi KUNCINYA ADA PADA ALLAH yang mengawal segalanya.
Note : Semesti dan TERLALU PASTI bila tiap perkara dilakukan dengan ALLAH berada di atas, TIADA KEMUNGKARAN atau PENYELEWENGAN bakal berlaku, tapi sejauh mana kita beringat akan ini? Intergrity dan Intergrity. tapi mana Dignity?
Takkan kita masih nak keras kepala?

9 comments:
Terima kasih abg Nadh ^_^
jiran sllu buat cmni
sentap kjp
mekasih igtkn
Aku Lupa Pada Allah.. Eh.. Tak pernah terfikir plak camtu.. hehe..
smoga kita dijauhkan drp sifat alpa tu..
kene tampai kat merata tempat ni
JANGAN ALPA!!!!!
weee
maceh nadh! =]
inshaallah,sy bukan ALPA.thanks 4 sharing~nice entry
salam..terima kasih kerana mengingatkan saya..sy suka tazkirah awk ni.hrap dapat wat bnyak2..:)
trima kasih tlong ingatkn.. =)
manusia memang suke meminta tapi selalu lupa untuk memberi..huhuhu
sebagai peringatan...thnx!
Post a Comment