Followers

Friday, 5 August 2011

Men-cemburui mu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Due to tadi Nadh tertengok cerita yang berkaitan semasa menanti Subuh, Nadh nak bincangkan tentang, Topik pagi kita hari ni iaitu CEMBURU.

Ada sesiapa dekat sini ada gepren? bopren? suami? Isteri? Maksud Nadh ada pasangan la kan? kalau ada kan, anda tahap mana anda mencemburui aktiviti pasangan anda? 

Ooppss. taknak cakap pasal cemburu tu sebenarnya. Tapi nak bagitau yang cemburu ni selalunya berkait dengan pemikiran kita. Kadang-kadang kita cemburu sebab kita sayang ( ni bab chenta la ni ya), kekadang tu kita cemburu sebab kita tak boleh nak jadi macam mana orang yang kita tak suka tu. Cemburu ni bermacam sebab ada. 

Hari ni kita belajar macam mana nak TWIST cemburu ni jadi baik. Amacam? dah bersedia? 

1. Bila kita cemburukan orang yang pandai dari kita, KITA PUN KENALAH USAHA LEBIH. Semua orang pun sama makan nasi, depa pun makan ikan dari laut, ayam yang hidup kat alam ni, tak ada pula depa makan ayam dari bulan, ikan dari Marikh, jadi semua pun sama. Yang Membezakan Kita Adalah Usaha !! 

2. Bila kita cemburukan orang yang kaya dari kita, KITA KENA MUHASABAH DIRI. Jangan lihat kekayaan dia, tapi kita tengok orang yang susah, yang "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Kerana itu lebih baik bagi kita, dan kita menginsafi kejadian BUKAN tak semena nak kaya juga sehinggakan AKHIRAT TERABAI.

3. Bila kita cemburukan orang yang cantik / handsome dari kita. Jangan pula kita nak pergi buat plastic surgery ka apa, TAPI bedah dulu IMAN, bedah HATI, bedah JIWA. Kenalpasti mana keburukan dan kelemahan kita kemudian REPAIR. Ketahuilah bahawa RUPA PARAS itu SEMENTARA, tapi HATI YANG BAIK TU TIADA BANDINGANNYA. 

4. (Dalam bab berkasih-kasihan). Bila kita cemburukan orang yang pernah menjadi pasangan kepada kekasih kita, KETAHUILAH YANG ANDA SEBENARNYA YANG TERLEBIH ISTIMEWANYA sebab ALLAH dah takdirkan anda untuk bersama si dia, kenapa masih perlu dibayangi kenangan lalu? nak marah bila si dia tiba-tiba berhubung dengan dia?

Atas tu merupakan cemburu yang tak bertempat yang kena renung-renungkan diri ni. Kita ada tak perasaan itu. Apa pun, hairan juga ya, kita tak pernah plak nak cemburu bila :

1. Bila si dia kuat solat, TIDAK PULA KITA BERKEJARAN KE MASJID JUGA UNTUK MENDAPATKAN CINTA ALLAH.

2. Bila si dia pandai mengaji, TIDAK PULA KITA MENCARI GURU UNTUK BELAJAR SUPAYA KITA JUGA PANDAI MENGAJI.

3. Si dia merupakan "idol" masyarakat, TIDAK PULA KITA TENGOK DIRI KITA, KENAPA KITA TAK JADI "IDOLA" MACAM DIA.


Note :: Cemburu buta itu satu yang tidak baik. Nak cemburu sangat, CEMBURU LAH PADA YANG MENGEJAR CINTA ALLAH tu, takkan kita nak tengok dia seorang sahaja masuk SYURGA, habis kita ni? Nak duduk saja men-jeles tak buat apa-apa? Ruginyaaaaa~~~ 

12 comments:

aimie amalina said...

btoll!
jadlah cemburu yg comei dan baekkk! >__________________<

mikro_kokus said...

Terima kasih di atas perkongsian ini sahabat... ^_^

Suhaili Sarif said...

kalau xde pasangan, nak cemburu dengan sapa:p

insyaALLAH nanti nak cemburu benda2 baik je.hehe

Anum said...

terima kasih kerana berkongsi ilmu

Iffah Afeefah said...

ai cemburu jugak

semua dah berdomain

perlu ke berdomain jugak?

lalalala

aizamia3 said...

Jangan biarkan cemburu menguasai diri.. berpada-padalah..

H.J said...

cemburu la dengan nadh..hehe

kiera'sakura said...

cemburu awak byk idea nk update blog.. =)

fRaMe+LenSeS said...

Aimie :: nak jugak. si pencemburu(eh betoi ka ni) yang comei. lalalalal~~

Mikro :: sama2 sahabat. ;)

Elly :: oih.. nadh tak sbut chenta semata la. agagagag :P

Anum :: sesama kamu. maceh membaca jugak. ;)

Iffah :: hat tu taleh kata apa.. meh berdomain skali la. hehe

Kak Aizamia :: setuju kak. ;)

HJ :: sebab nak cemburu ng Nadh? tade sebab la HJ. ;)

Kiera :: tak de la. mana ada kamu.

cik pulau said...

setuju dgn komen iffah ..
cenburu jugak semua dah berdotcom.
lalala~

fRaMe+LenSeS said...

Cik Pulau :: lepas ni mgkin giliran anda plak. ;)

bersama kak Es said...

cemburu tu tanda sayang .. ~ tiba2

Buta+Pekak+Bisu=CINTA