Followers

Sunday, 21 August 2011

Golongan manusia-manusia yang marah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selamat petang semua. Sekarang dah diambang berbuka kan? Nadh nak berkongsi tentang "Manusia-manusia yang Marah" dengan readers hari ni.

Ada beberapa golongan ''Manusia-manusia yang Marah'' ni..

1. Golongan Cepat Marah Lambat Sejuk
Spesis paling TERUK. Si telinga nipis jugak ni. Hangin satu badan. Tapi satu bezanya dia ni, marah tu jenuh la nak sejuk balik. Tacing teruk-teruk ni. Buruk jenis ni, kekadang tu, perkara kecil nak marah, lepas tu taknak bermaafan. Kekadang makan tahun.

2. Golongan Cepat Marah Cepat Sejuk.
Golongan pertengahan. Spesis ni jenis telinga nipis. Cepat betul marah. Pantang ada yang tak kena, marah terus. Tapi baiknya dia ni, bila da marah. Cepat pula sejuknya.

3. Golongan Lambat Marah Cepat Sejuk
golongan ni golongan paling special. Tebal sungguh hati tu, susah nak terasa, nak naik angin, dan bila berlaku, cepat pula redanya. Golongan ini terbaik, dan PATUT DICONTOHI.

''bila marah itu, kamu sedang duduk, maka berdirilah, bila kamu sedang diam, maka bangunlah berjalan. Sekiranya tidak boleh, ambillah wuduk. Marah itu api. Dan api itu syaitan. Dan air itu 'pemadam' kepada api''

Bulan Ramadhan ni bulan KESABARAN. Apa kata kalau kita golongan Pertama n Kedua, kita guna untuk Upgrade jadi golongan yang terbaik tu. Bukan senang nak jumpa kan bulan ni, setahun sekali ja, tahun depan plak tatau nak jumpa lagi ka tak. Umur ni entah panjang atau tak sampai waktu tu. Kita guna kaw-kaw jum. Kasi Bersih sebersihnya lepas selesai bulan ni.

Note : kita kira kita saja boleh marah, cuba fikir murka ALLAH tengok. Kalau DIA marah camna plak?? Tetttt~~

Note lagi :: tak nak marah? Jangan buat bagi orang marah. Hati-hati dalam tiap tindak tanduk kita. Boleh aihh.. :)

2 comments:

Iffah Afeefah said...

pnh dgr sal ni


ustz kazim kot ckp

hehe

i glgn cpt marah cpt sjuk

kiera'sakura said...

kami t'masuk dlm kategori yg mane erk?

Buta+Pekak+Bisu=CINTA