Followers

Monday, 1 August 2011

Kisah Si Pelukis Tersohor

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Sempena pagi pertama sahur ni, Nadh nak kongsikan mengenai satu ceritera seorang manusia pelukis tersohor.

Tersebutlah kisah ada seorang pelukis tersohor ni, dia mencabar seorang pelukis lagi untuk bertanding, siapakah yang paling hebat dan paling cantik lukisannya. 

Dipendekkan ceritanya maka disediakan lah venue untuk mereka bertanding. Mereka berdua diletakkan berdepan dan hanya dipisahkan oleh satu tirai kain di tengahnya. 

Dan bermulalah sudah pertandingan yang dikatakan sebagai pertandingan terhebat seluruh alam dek kerana tingginya status si pelukis hebat yang pertama ini. Sepanjang hari bertanding, si pelukis hebat meminta bermacam-macam warna untuk menyiapkan hasil lukisannya. Pelukis yang seorang lagi, tidak meminta apa-apa, dia hanya menyiapkan lukisannya begitu sahaja.

Apabila tiba hari yang ditunggu-tunggu, berbunyilah gong, tanda berakhirnya pertandingan ini. Kedua lukisan itu ditutup dengan kain. Dan dibuka satu persatu.

Lukisan si pelukis hebat dibuka. Ternyata hasilnya mengkagumkan. Penghasilan lukisan dari warna yang brmacam itu begitu menarik dan sangat hebat untuk diperkatakan. Segalanya nampak begitu sempurna. 

Lukisan kedua pula didedahkan. Permulaannya nampak sangat biasa. kerana tiada warna yang digunakan. Hanyalah lukisan biasa yang tidak langsung menarik untuk dilihat. Tapi sebaik sahaja cahaya melaluinya, lukisan yang dibuat diatas dinding yang diukir menjadi seperti cermin itu memantulkan cahaya dari lukisan si pelukis hebat tadi menjadikannya lebih indah, lebih cantik, dan lebih hebat dari lukisan pelukis hebat tadi.


Jadikan cerita ini sebagai satu contoh kepada kita didalam hidup. Iaitu, menjadikan yang lebih cantik, lebih baik itu sebagai contoh untuk diri kita, dan kita memantulkan hasil dari yang baik tadi kepada yang berada bersama kita, maksudnya, kita menjadi lebih baik dari yang ada bersama kita. Dia baik, kita memantulkan kebaikan itu dan terbaik sekiranya kita lebih baik dari apa yang dia dah buat.


Note : Sempena Ramadhan yang tiba ini. diharapkan itu kejadian yang dapat kita ambil perhatian. Yang hendak dipantul itulah kebaikan dari Ramadhan ini, dan Cermin itu merupakan diri kita. Hasil akhir, kita menjadi Umat Nabi Muhammad SAW juga Hamba ALLAH yang terbaik, yang akan setiap hari menjadi "Role Model" yang membaca kepada kebaikan.


Minat dengan kisah Pantulan dan Cermin ae? Entry Lain mengenai CERMIN. Sila click kat SINI

8 comments:

Sunah Sakura said...

macam entri eh, ustazah! : cermin... hehehehe...

Suhaili Sarif said...

thanx nadh 4 this story...
analogy yg sgt bermakna utk menjalani ramadhan kali ini :)

aimie amalina said...

=)
weeeee
jadilah cermin yang baek supaya cermin yang lain dapat memantulkan nye semula =)

Kumiko Ryou | Farah Amira said...

refleksi diri..:)

Iffah Afeefah said...

ermmm cermin oh cermin


kene cermikan diri n berubah

fRaMe+LenSeS said...

Boss Sunah :: aikk? sama lagi. hehehe

Elly :: ehh. maceh kamu. ;)

AImie :: betul tu Aimie. ehh gambaQ tadi coomei wooo.. :P

Miko :: betul tu dik. :)

Iffah :: betul tu./ ;)

shahjiehan said...

matang tol nadh nih... hebat tol entri anda....sgt bermakna!

RinsyaRyc said...

melawat..^^

Buta+Pekak+Bisu=CINTA