Followers

Tuesday, 22 March 2011

Kesabaran

Quote of the day :: 
"Penantian adalah satu proses... bukan satu penyeksaan... belajarlah menerima seadanya kerana Allah sedang mengajar kita sesuatu... erti bersabar.. sabarlah menanti.."

tertarik plak dengan perkataan ni..
nak kongsi sedikit, dari ilmu MLM yang saya pernah belajar dahulu.
Kesabaran leh saya kaitkan dengan cerita ni..
Tajuk dia :: " Kisah Menggali Emas "

Mula kisah dia camni... Satu malam, enchik Petak-Petak (Bukan nama sebenar) mimpi.. dalam mimpi tu dia jumpa pacik Bulat-Bulat, pacik tu kata dekat dia, dalam tanah depan umah dia tu, ada EMAS, dia cakap kat enchik Petak2, kalau ang nak, ang galilah tanah tu, dalam tu ada emas.


jadi keesokan hari nya, encik Petak2 pun memulakan usahanya nak gali tempat tu. dia tau spesifik sebab semalam Pacik Bulat2 kata, EMAS tu ada kat tengah-tengah 2 lalang yang ada satu pokok bunga.
jadi bermula la kisah enchik Petak2. saya ibaratkan, macam dalam gambaQ kat bawah ni. ada peringkat satu, dua, tiga, empat dan bawah sekali, iaitu peringkat lima ada EMAS.
 
bermula la kisah dia menggali.. selepas sehari, dia selesai menggali di SATU.

dia balik malam tu, dalam keadaan penat. letih pa suma la.. dia masih lum berputus asa, sebab dia tahu ada emas bawah tu. dia nak wat lagi keesokan harinya..esoknya, Enchik Petak2 pergi lagi, dia nak gali lagi..
tapi kali ni, tak semudah semalam masa dia nak gali, sebab bahagian 2 tu ada batu, tanah keras sangat, dia letih, sebab dia kena gali lama. nak selesaikan DUA perlu amek masa hampir 3 hari untuk dilengkapkan.
Maka, selesailah DUA.

masih ada lagi TIGA dan EMPAT sebelum berjumpa EMAS, tapi enchik Petak tak tahu. enchik Petak2 datang lagi selepas rehat selama 2 hari. penat kan 3 hari berturut menggali. dengan tanah keras nya, kali ini enchik Petak2 mencuba lagi. di usahakan lagi..kali ni cabarannya lagi hebat, seminggu dia cuba nak selesaikan 3. tapi masih tak selesai2 lagi. sebab dalam tu tanah dia bercampur dengan batu kecik2, dan juga tanah keras, makin hebat dia menggali, masa diambil untuk TIGA adalah sebulan. Masa ni, enchik Petak dah mula berasa nak tarik diri, dia dah penat, gali dah la penat, tapi masih tak jumpa EMAS. setelah sebulan mencuba. TIGA selesai digali.

Enchik petak menguatkan semangat nya, dia usaha lagi, EMPAT lagi hebat ujiannya, tanah keras, batu kecik dan jugak batu besaQ yang keras. kali ni amek masa Setahun. enchik Petak rasa dah penat, dia rasa akan tarik diri kali ni. tapi dia sabar. kalau dulu dengan cangkul, sekarang dengan mesin nak pecahkan batu bawah tu. tapi dia masih sabar. dia usaha lagi..

EMPAT pun selesai. dia sangat penat. setahun berusaha, tapi apa pn tadapat. dia sedih, tapi dia rasa dia masih perlu berusaha, setelah EMPAT pun dah ditiadakan. kalau mengikut gambar bawah ni, tinggal cuma EMAS untuk didapatkan hasilnya setelah teruk berusaha,

tinggal bait akhir usaha dia. enchik Petak2 meneruskan, dan akhirnya, enchik Petak2 pun dapat jugak EMAS setelah dia penat berusaha.

"Penantian adalah satu proses... bukan satu penyeksaan... belajarlah menerima seadanya kerana Allah sedang mengajar kita sesuatu... erti bersabar.. sabarlah menanti.."

Note :: ini yang dimaksudkan dengan "Penantian satu proses". dari permulaan, bersusah, dan akhirnya menuai hasilnya, bayangkan enchik Petak berhenti di SATU, DUA, TIGA, atau EMPAT. pasti dia takkan bertemu dengan EMAS kan? begitu jugak hidup, saya nak samakan EMAS dengan REDHA ALLAH, hari2 kita berusaha nak dapat EMAS, hari-hari berusaha, pasti satu hari kita yang beruntung dengannya.

"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya." (Al-Mukminun : 111)

begitulah hidup, ALLAH ajar kita dengan Kesusahan, Kepayahan, Pahit getir, agar kita belajar sesuatu darinya, susah itu manfaat buat kita, kerana bila sabar akan letakkan kita dalam golongan yang beruntung, sabar mendidik hati untuk Redha, sabar meletak diri dalam golongan orang istimewa, kerana itu Sabar bawa besar manfaat pada kita.

"Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya." (Al-Furqan : 75)


Semoga mendapat manfaat.

4 comments:

Muslimah Optimis said...

perkongsian yang sangat menarik...

fRaMe+LenSeS said...

merapu kan.. ? :P

Golden Rose said...

betul tu... tanpa keredhaan tak mungkin kita akan berjaya....good sharing

Muslimah Optimis said...

merapu apanya.. betoi la apa ampa kata tu.. redha Allah terletak pada redha ibu bapa.. so, jadilah anak yang soleh dan solehah...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA