Followers

Tuesday, 8 March 2011

Selamat Hari Wanita



Ohh ibu.. Ohh Mama.. Ohh Ummi, Amma, Auntie, Akak, aa apa lagi ni ae? ehehe..
suma tu panggilan untuk insan bernama wanita, yang ALLAH letakkan di satu tempat yang tinggi di sisinya.. sehinggakan ada satu Surah diberi atas nama An-Nisa atau juga wanita. menyatakan betapa tinggi nya mereka disisi si Adam.

"Berbuat baiklah kepada wanita, karena sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka sikapilah para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)

Berkaitan dengan Hadis di atas, yang menyatakan mereka dari Tulang rusuk.
Kenapa tulang rusuk? kenapa tak diambil dari kepala???
kenapa tak diambil dari kaki??? kenapa tak diambil dari tangan???
atau tubuh yang lain???

sebabnya..
tidak dicipta dari kepala lelaki -> supaya tidak mengungguli kudrat lelaki..
tidak dicipta dari kaki lelaki -> supaya tidak dihina dan DIPIJAK2 oleh lelaki
tidak dicipta dari tangan lelaki -> supaya tidak dipukul, disepak, dilempang atau disakiti.

TAPI KENAPA TULANG RUSUK???
kerana di rusuk itu, letaknya hati untuk disayangi, dan dekatnya tangan untuk dilindungi. disana tempat sebaik untuk diletakkan perempuan ini. Perasan tak kita? fungsi Rusuk pada tubuh badan kita? kedudukan dia, menjaga organ-organ penting badan kita, menjaga jantung, menjadi hati, menjaga paru2 kita. bayangkan tadak pula rusuk kita, pastu tiba2 kawan tumbuk kt dada, agak2 la.. selamat dak jantung kita? camtu jugak la maksudnya rapatnya hubungan antara Laki dan Wanita ni. sama-sama punya peranan tersendiri dalam hidup ni.

Lelaki - kekuatannya dari segi kudrat, dan wanita pula, tidak diistimewakan dari segi kudrat, tapi dikuatkan hatinya pula. sebab tu kita tengok, perempuan ni cepat betul touching nya bila tengok perkara-perkara yang berkaitan dengan hati ni. tapi laki plak, slumber badak ja.. tadak plak la rasa apa-apa bila tengok perkara macam nih. ampa tak percaya? cuba p tengok Bersamamu tengok kat TV3. Cepat ja depa nak nangis2 tengok orang susah ni. laki tadak plak la nak p nangis2.. (jaga macho tu.. :p )

"Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya." (Hadis riwayat al-Bukhari).

sebab kuatnya depa ni dari segi kekuatan hatinya, maka laki pn perlu la serba sedikit belajar cara untuk menang hati mereka, nasihatkan dengan baik.. cakap leklok, pujuk bebaik. nanti lemah la tu. takyah nak jerit-jerit, nak kasaQ2.. nanti depa akan memberontak. macam kita la.. tetiba orang sound cakap kasaQ.. sapa tak sentap kan, tapi cuba cakap baik-baik, lembut2, konpem menang la, bak kata Ustaz Kazim, kekuatan mereka jugalah kelemahan mereka, kita tackle la kekuatan mereka tu dengan ayat dan kata-kata yang baik2.. pasti kita harmoni idup rumah tangga (uikz.. umah tangga plak dah.. gulppp)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
(Surah al-Rum: 21)

Hargailah mereka sebagaimana kita ingin diri kita dihargai, sayangi mereka sebagaimana kita ingin disayangi, buat apa pun sepertimana kita nakkan diri kita dapat, kita baik, takkan orang tak baik dengan kita kan.. berpada-pada dalam hidup, ALLAH MAHA MENGETAHUI tiap apa kejadian yang ditakdirkan buat kita..


Mengucapkan "Selamat Hari Wanita" Untuk semua kaum Wanita. ditinggalkan semua dengan Quote ni,

♥♥"Wanita hiasa dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah.. "♥♥

3 comments:

Muslimah Optimis said...

like this entry banyak-banyak kali..cuba tgk kat link blog kami.. hihiihi... nak suh orang lain baca gak...entry best sal wanita.. MO mewakili semua wanita mengucapkan terima kasih 4 dis entry

fRaMe+LenSeS said...

hihi.. maceh cik MO.. rajin ampa mai melawat noh.. kerana dirimu begitu berharga kan.. ;) nadh wat entry tu.. untuk semua Wanita la. ;)

kiera'sakura said...

terima kasih kerana menghargai wanita .. =)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA