Followers

Monday, 14 March 2011

Doa Aku Buat Kamu

baru terbaca post seseorang dalam group.
katanya doakan abahnya yang akan masuk wad malam ni..
bila ditanya, katanya ayahnya dah beberapa tahun lumpuh sebelah badan dan akibat dari tu, banyak sistem badan yang rosak. goshh.. lagi katanya, cakap pun dah susah nak faham sekarang..

bagi aku yang membaca pn dah sentap, inikan pula si yang menerima,
yang menanggung hari2, yang terfikirkan hari-hari..
ya ALLAH, aku tadapat bayangkan la.. waktu aku menulis ni, rasa nya berkaca mata aku dengan air mengenangkan betapa azabnya kan bila hidup ditimpa dengan sakit, dan tak mampu nak wat apa-apa, itu dah satu, belum lagi kenangkan keadaan sahabat aku tu, paling tersentuh aku baca dia tulis, "rindu nak cakap tpom dengan abah macam zaman sekolah dulu"

bayangkan, tadapat bercakap dengan depa, pastu mengenangkan diri jauh di perantauan, camna nak hadapi tu? betapa kuatnya seorang anak menghadapinya, kalau aku sendiri, tatau la camna aku punya dalam hati ni dok berkocak, hari-hari berfikir, dan berazam nak lakukan sesuatu nak pulihkan keadaan.

bayangkan plak seorang isteri, camna menghadapi hidup dengan tu, camna bersungguh dia mengambil tempat si suami untuk hidup ni. bagaimana beratnya hidup dia, mengorak langkah dengan banyak yang menantinya.. betapa setianya dia berada disisi. aku kagum weyh.. aku sangat kagum mengenangkan mereka, dan aku sndiri terinspired dengan kegagahan mereka bertahan, aku arap, mereka akan terus kuat hadapi hidup ni dan hadapi dugaan ni. aku yakin, berkat sabar dan doa tak putus akan dijawap ALLAH satu hari nanti. Moga mereka berada dalam lindungan MU Ya ALLAH..

Ya ALLAH, kau sembuhkan la abah dia tu Ya ALLAH, kau lindungilah dia dari penyakit Ya ALLAH, kau gugurkanlah dosa nya sepanjang dia hidup sebagai kiffarah kepada dosa-dosa lalu.. Ya ALLAH, kurniakanlah anak-anak soleh juga solehah kepadanya, sebagai ganti kepada sakit yang kau beri kepadanya, moga dengan adanya mereka, dapat sentiasa doakan kesejahteraan dan kesihatan dia ya ALLAH.
Amin Yarabbal Alamin 






Note :: Menulis dalam doa, agar dilindungi keluarga aku dari segala mala petaka dan sntiasa sehat iman dan tubuh badan agar dapat menghambakan diri secara optimum kepada ALLAH, janganlah mereka di uji dengan yang berat-berat Ya ALLAH, bagi kat aku takpa.. aku leh hadapi, tapi jgn beri mereka kesusahan. depa sangat penting buatku.. Amin Yarabbal Alamin

5 comments:

iyou said...

syafakallah~

qhais said...

aminn...smoga beliau sembuh cepat n semoga keluarga beliau tabah dlm menerima ujian Allah...

fRaMe+LenSeS said...

Iyou :: terima kasih..

Qhais :: terima kasih mendoakan. ;) hanya ALLAH dapat membalas jasa kamu mendoakan kesejahteraan orang lain. amin yarabbal alamin. dan juga kamu dalam lindungannya jugak bersama yang tercinta. ;)

kiera'sakura said...

amin... ira pown xleh nk bayangkan klu ira kt tmpt tue... nk bayang pown x sanggup nie pulak nk hadapi...

fRaMe+LenSeS said...

Ira : tau takpa.. moga depa diberi kekuatan kan.. ;) doa kita jugak mungkin dapat beri sedikit kekuatan buat depa. sama2 la kita doakan ye.. ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA