Followers

Wednesday, 23 March 2011

SPM, kemanakah kita kemudiannya?


Esok, 23-March-2011,
keputusan SPM akan diumumkan.
pada yang nak amek keputusan tu, selamat menyambut keputusan anda.
sama ada baik atau tidak, itu suma bukan soal utama,
tapi soal dia bagaimana dan apa yang telah anda beri untuk dapatkan apa yang anda dapat tu?
bagi yang berusaha, dan mendapat keputusan cemerlang, tahniah diucapkan,
bagi yang tidak, amek masa untuk muhasabah diri kembali,
pernah dengar tak lagu kumpulan Scorpion bertajuk "What You Give, You Get Back? "
samakan dengan situasi kamu.

Ilmu, 
dalam berbicara mengenainya, 
rata2 dahagakan kejayaan,
mahukan straight A untuk semua,
tapi sejauh mana usaha? 
sehebat mana kamu bercinta dengan ilmu tu
terfikir tak kamu?
kenapa menuntut ilmu?
semua menyebut masa depan
tapi apa masa depan idaman tu?
kaya? harta? kemasyuran?
jika itu mahu mu, 
insaflah, dan muhasabah kembali,
kamu menuntut ia kerana kamu, 
bukan kerana ALLAH
yang mana sepatutnya kerana dia kamu menuntut ilmu
barulah barokah ilmu yang masuk ke dadamu, 
meresap kejiwa kamu

Hari ni SPM, kemudian STPM
ada langkahnya ke Matrik, 
mungkin Diploma, 
beranjak ke Ijazah, Masters dan PhD.
semua itu hanya sijil, yang nampak di mata manusia
jadikah semua itu, SIJIL AKHIRAT kita.
pabila ilmu didada diisi dengan hajat berjihad ke jalan ALLAH,
buat pelengkap IMAN kita, 
tiada yang lain, berkat dan rahmat dari ALLAH,

dari sana,
lahirlah Doktor, adalah lawyer,
wujud Si Perawat Mesin enchik engineer,
sekali juga si enchik Architecture si pereka bangunan
itu bukan soalnya sekali lagi siapa kita, 
tapi bagaimana kita menyumbang buat ISLAM,
Doktor berpaksikan Islam yang menjaga hal agama,
Jadilah si Lawyer yang memegang Agama sebagai Panji Kebenaran
si Pegawai tinggi yang bertuhankan ALLAH, yang takutkan balasan jika menyeleweng,
itu sebenarnya sepadannya buat semua, 
tak kira di mana, yang hebat, yang tidak, yang di atas, yang dibawah,
andai ISLAM menjadi SUMBER DAN TIANG UTAMA,
takkan ada lagi keruntuhan dalam institusi negara
tiada rasuah, tiada penipuan, tiada segala mungkar dalam perjalanan sehari-hari

Jalan kita ketentuan NYA,
tapi kita juga y merancang sebelum diperkenan
andai dirancang kejayaan dunia, 
maka dapatlah kamu kejayaan dunia,
tak salah nak berjaya didunia,
tapi serikan impi kamu untuk kejayaan selama2 
itulah dia akhirat abadi, pasti DIA beri sekali kejayaan di sini.

" Kamu buat, kamu dapat "

9 comments:

tomatokering :) said...

sukak sgt ;))

Muslimah Optimis said...

betul.. buatlah sesuatu kerana Allah swt..kerana kita hidup untuk mendapat redha Allah.. berkat itu yang utama.. kerana tanpa redha duit banyak mungkin itu istidraj...

udin said...

terbaek bro! ;)

Majlis Perwakilan Pelajar USM said...

like 100x....hehhehe...

Novelgurl said...

Salam..nice sgt2 ;

akn ku ingt =)

micky eyqa said...

i lyke heheheh

CiK LiYzA ^^, said...

slip result nadh dlu ke tuh?w0w..impressing..hehe

fRaMe+LenSeS said...

Tomato :: maceh sebab suka. ;)

Aimaa :: yup. moga dijauhkan la dari Istidraj tu.. takut ngat aihh..

Udin :: maceh bro..;)

MPPUSM :: ehh. maceh. 100x terima kasih untuk kamu ya..

Novelgurl :: wslm. maceh2.. kita sama2 igt ya

Micky:: maceh lyke, lyke jugak la..:P

Lyza :: ehh.. dah aihh.. nadh ngaji kueh, takkan dapat result comel lagu tu.. ;)

nadira shahid said...

teringat dolu2, amik result SPM smpai terketaq lutut.. ;)tapi sekarang lebih suke beljar nk dpt ilmu ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA