Followers

Friday, 11 March 2011

Perbezaan orang dulu-dulu dan sekarang

Assalamualaikum semua.
nadh baru ja balik dari memotong rambut jap tadi..
bersembang dengan auntie kedai tu.
banyak jugak yang dibualkan, tapi isi dia adalah
"Perbezaan orang dulu-dulu dan sekarang"

auntie kongsikan la tentang anak dia. yang mana malas nak belajar..
masuk kolej nak belajar, tapi lepas setahun dah tanak belajar.

auntie tanya nak dia, pas setahun apa kamu dapat?
anak dia kata apa pun tatau. auntie kata la. dah tamo belajar jangan belajar la. sebab mahal. rm30k kot nak amek business studies kata auntie.

n aku tanya la auntie, kalau dia tu wat sales okeh, apa salahnya nak jadi salesman?
auntie kata, tau dia juai apa? dia juai tu kertas cina mati tu, kan bila cina mati, ada kertas tu, kertas tu la..
zaman sekarang orang dak kurang dah menda-menda camnih auntie kata, dlu ya la.. masa time tu, beli banyak-banyak pakai. zaman la ni.. dah tadak da adik..
sekarang ni adik, mau semayang pun kurang, gitu2 aja, sebab sibuk, dulu time mak auntie aa, kuat semayang, sekarang auntie pun sudah kurang, kadang-kadang smpai orang tanya, weyh tak p semayang ka, auntie cakap semayang apa? auntie pun sudah lupa semayang apa.. then auntie kata, nanti auntie ingat aa, mai time U semua aa.. sudah tak semayang oo..

Fikirkan dan relatekan dengan keadaan masyarakat Melayu kita sekarang, rasanya sama jugak kan? makin lama, generasi semakin disogokkan dengan hiburan, dan nilai rohaniah tu semakin kurang diterapkan dalam jiwa anak-anak.bayangkan keadaan jika sampai 10 tahun lagi, jika ni diteruskan? moga tak jadi la kan..
tapi ni la masanya peranan ibu bapa menjadi role model buat anak-anak. ibu bapa pula perlu la mencari role model terbaik untuk dirinya agar anak-anak dapat mengikut nya..

apa pun, suma atas kita, dari kita mereka datang, dari kita jugak la apa mereka di masa depan mereka. kalau hari ni tak dititik beratkan, jangan salahkan mereka atas apa jadi kepada mereka di masa depan, tapi kita, kerana anak-anak yang lahir adalah kain putih, dengan kita sebagai krayonnya, atau mungkin pensel colour, atau kalau tak pun, colour pastel, dan kitalah yang mewarnakan mereka dan mencorakkan kain putih tu, hijau dari kita, hijaulah dia, biru yang kita coret, biru lah warnanya. suma dari kita.. andai jalan ISLAM yang Syumul pilihan kita, maka satu hari nanti, merekalah calon2 mengimamkan solat jenazah kita, mengaminkan doa-doa untuk kita, memberikan saham anak soleh dan solehah buat kita, tapi andai jalan ingkar yang kita mulakan, kita fikirkan sendirilah apa jawapnya..

Sekian. Wslm.

 
Anak dikurniakan dan pasti akan dipertanggungjawapkan disana nanti. 

3 comments:

MIZZNISS said...

betol...cume kdg2 didikan ibu bapa da tepat, tapi anak2 yang xsedar dek untung...

tomatokering :) said...

ramai tak sedar diri lg...huhu

fRaMe+LenSeS said...

MizzNiss :: betul tu.. ;) ada jugak kes tu, tapi lagi banyak yang tidak mengingatkan.. ;)

Erika :: betul. jadi jangan letak diri kita dalam kelompok tu.. ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA