Followers

Monday, 7 March 2011

GPS



GPS.. ada sapa2 tau dak pasai GPS nih? GPS stand for Global Positioning System.
atau dalam bahasa mudahnya, sistem kedudukan Global. yang berkomunikasi dengan satellite untuk gtau kedudukan satu2 tempat tu..

Apa gunanya GPS nih?
yang saya tahu. guna nya nak tunjuk jalan kat kita.. mana nak tuju, mana nak pergi, hanya perlu setkan sahaja dalam GPS tu, dan dia akan bawa kita ke jalan yang kita nak pergi. Mudah kan? tak perlu tahu jalan dan mengikut arahan GPS tu, dan kita akan sampai ke destinasi dituju.
yang tau dari HP saya ada Nokia Ovi Maps. pastu ada jugak Garmin.pastu kat ipong leh pakai google map. still leh pakai jugak. selain dari Apps lain kan.. dan mungkin ada la lagi2 yang kita tau kan..

okeh. sekarang kita relate plak dengan hidup kita.
sedaQ tak kita? dalam hidup, sebenarnya kita juga ada GPS.

Al-Quran dan AsSunnah sebagai GPS, yang menerangkan arah perjalanan kita. nak ke kiri ka, nak kekanan ka, mana HALAL bagi kita, mana HARAM bagi kita, mana perlu buat dan mana perlu dijauhkan dari diamalkan. Arah tuju dan ditentukan pun dalam tu..

Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri (kepadaKu)." (Surah az-Zariyat: ayat 56)

"Allah telah menurunkan sebaik-baik bicara, iaitu Kitab (Al-Quran) yang serupa (mutu ayat-ayatnya) yang berulang-ulang, gemetar karenanya bulu roma orang-orang yang memang takutkan Tuhannya, kemudian menjadi tenang pula bulu romanya dan hatinya kepada zikir (mengingati) Allah. Itulah dia petunjuk Allah, yang diberikan petunjuk itu kepada siapa yang dikehendakinya. Dan siapa yang disesatkan Allah, maka tiada lagi siapa yang dapat menunjukinya." (Surah Az-Zumar: 23)

sekarang amek plak satellite : apa dia satellite dalam scope penerangan saya nih?
semestinya ALLAH, kerana dia MAHA MENGETAHUI tiap apa yang kita fikirkan, MAHA MELIHAT tiap apa yang kita lakukan, dan MAHA MENDENGAR apa yang kita katakan.

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)” (Surah al-An’am: ayat 59)

semestinya seperti jugak GPS, sapa ikut, dia la yang sampai ke jalan yang dituju, dan yang tidak, kemungkinan untuk tersesat itu da SEMESTINYA.

"(Apakah) perumpamaan (penghuni) surga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tiada berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar (arak) yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka, sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Surah Muhammad : 15)

Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada bermain-main dan bersenda gurau belaka. Dan sungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu memahaminya.” (Surah al-An’am: ayat 32)

wallahualam.
Yang baik tu dari ALLAH, yang lemah dan kurang tu dari saya.


Note :: sama2 kita mengambil pengajaran dari diatas, sama2 saling memperingatkan.. semoga mendapat manfaat hendaknya.. ;)

2 comments:

qhais said...

Gps.....ada 2D and 3D.....2D means dia just bg Latitude and Longitude...kalau 3D dia bg Lat,Long and Altitude....
Gps 2D guna 3 satellite...
kalau 3D ada 4 satellite...
tujuan utama nya nk tgk kedudukan kita jer..huhuhuhu...zaman dulu pon dh ada gps...tp xpakai satellite...tp cara pengiraan bintang...guna 2,3 bintang..huhuhu...nk sy ajar cara kira...?
2 bintang singgit.....hehehehe...
just kidding...:)
just to share da info..

hadiee said...

alhamdulillah. kuatkan diri dengan al-quran dan sunnah, insyaAllah selamat dunia dan akhirat. syukur kepada tuhan kerana kita diberi nikmat insaf ini. excellent post!

Buta+Pekak+Bisu=CINTA